fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
22 Februari 2021
TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Daerah Kuching hari ini mencatat kes positif yang tertinggi iaitu 67 positif kes baharu.

TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat 1 kematian melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID19 meningkat kepada 74 orang atau sebanyak 0.91 peratus dari keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

Manakala 221 kes baharu COVID-19 dikesan dan dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 36 kes (19.46 %) berbanding kes semalam. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Kuching (67), Sibu (63), Bintulu (28), Meradong (24), Kapit (15), Samarahan (11), Miri (5), Bau (3), Subis (2), Beluru (1), Betong (1)dan Kanowit (1).

TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini
TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini

Kes kematian Ke-74 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian Ke-74 merupakan kes ke-5,707 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 07 Februari 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 Februari 2021. Kes juga mempunyai komorbid Mixed Connective Tissue Disease (MCTD) with pulmonary involvement.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini

Daerah Meradong, telah bertukar ke status Jingga

Hari ini, Daerah Meradong, telah bertukar ke status Jingga setelah melaporkan sejumlah 31 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Song pula telah bertukar ke status Jingga setelah melaporkan 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2107 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bukit Mabong, Beluru, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 114 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 65 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy