• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Tak Tinggalkan Awak Yang. Sumpah’, Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular

Oleh
ILB - AI
16 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

‘Allahuakbar, b tak tinggalkan awak yang. Sumpah’

‘Tak Tinggalkan Awak Yang. Sumpah’, Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular. Suami mana yang tidak sayang isteri? Suami mana yang mampu menahan rasa sebak sehingga meraung semahunya apabila melihat orang tersayang menemui ajal di depan mata.

Tragedi maut yang terjadi di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan telah tular di banyak paltform sosial media kerana kejadian tersebut juga menyaksikan detik hati seorang suami tidak dapat menahan sebak sehingga meraung dengan kalimat yang menyesakkan ‘Allahuakbar, b tak tinggalkan awak yang. Sumpah!’

Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular
‘Tak Tinggalkan Awak Yang. Sumpah’, Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular. Sumber gambar: TikTok @mstarmalaysia

Mangsa maut di dalam kebakaran kereta yang terlibat dalam kemalangan kerana terperangkap

Kemalangan yang dilaporkan terjadi pada 7.47 malam tersebut melibatkan 3 buah kenderaan sekaligus iaitu lori Isuzu, Proton Wira dan Proton Preve. Mangsa yang maut tersebut pula adalah seorang wanita yang berada di dalam kereta Proton Wira yang terlibat.

Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular
‘Tak Tinggalkan Awak Yang. Sumpah’, Rakaman Suami Meraung Isteri Maut Dalam Kebakaran Kereta Tular. Sumber gambar: hmetro

Mangsa Nurul Nazihah Binti Kamalul Arifin telah terperangkap di dalam Proton Wira yang pada akhirya telah terbakar 90% yang sekaligus juga meragut nyawanya. Dalam kemalangan tersebut, suami mangsa sempat menyelamatkan diri.

Suami meraung meratapi tetapi ditenangkan oleh orang awam

Oleh kerana tidak dapat bertindak menyelamatkan isterinya kerana keadaan api yang marak membakar keretanya, keadaan suami mangsa yang trauma dan meraung kesedihan meratapi pemergian isterinya telah ditenangkan oleh orang awam yang turut berhenti di tempat kemalangan tersebut.

Penularan rakaman tersebut mengundang beberapa reaksi daripada netizen. Majoriti mereka berasa pilu dan simpati terhadap suami mangsa dan mereka merasakan trauma yang akan dialami olehnya. Ada juga yang merasakan bahawa tindakan merakam video tersebut seharusnya tidak dijadikan amalan kerana kita merakam orang yang ditimpa musibah.

Apa-apa pun semoga arwah Nurul Nazihah tenang disana dan salam takziah diucapkan untuk suami arwah serta ahli keluarga yang lain.

Kemalangan sememangnya terjadi tanpa kita duga dan boleh baca cerita dibawah untuk mengetahui lebih lagi tentang kemalangan yang lain yang pernah berlaku:

Kemalangan Ngeri Di Jalan FAC Matang Ragut 2 Nyawa Sepasang Suami Isteri
Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian
SUMBER :TikTok @mstarmalaysiaHmetro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Larian Melalui Terowong Lebuh Raya Pertama, ‘Anak Sarawak Run’ Bakal Masuk Malaysian Book Of Records
Next Article Beri Sorakan Guna Loghat Kabong, Gelagat Penyokong Bola Sepak Wanita Ini Cuit Hati Netizen Beri Sorakan Guna Loghat Kabong, Gelagat Penyokong Bola Sepak Wanita Ini Cuit Hati Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?