I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian

Oleh Kedung BK 14 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, 'Livestream' Rakam Kejadian

Kemalangan tersebut dirakam ketika mangsa membuat siarang langsung

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian. Dilaporkan seorang wanita maut secara tragis dalam kemalangan jalan raya apabila dia dan anak lelakinya diseret beberapa meter di bawah kenderaan yang melanggar mereka.

Kejadian yang berlaku di daerah Kunak, Sabah itu turut dirakam oleh livestream yang dibuat oleh mangsa dan video tersebut lalu tular di media sosial.

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, 'Livestream' Rakam Kejadian
Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian

Sedang dalam perjalanan bersama suami dan anak lelaki mereka

Menurut laporan, mangsa, berusia 38 tahun, sedang dalam perjalanan bersama suaminya, 39, dan anak lelaki mereka, 7 tahun, ketika kejadian berlaku di KM10 Jalan Kunak-Tawau pada 4:45PM Ahad lalu.

Ia difahamkan ketiga-tiga mereka adalah warga Indonesia dan menaiki sebuah motosikal apabila sebuah kereta Proton X70 datang dari arah belakang dan merempuh mereka.

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, 'Livestream' Rakam Kejadian
Kejadian itu dirakam semasa mangsa membuat siaran langsung dalam Facebook. Kredit foto: Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat, beliau berkata Proton X70 itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 54 tahun dan sedang menuju ke pekan Kunak apabila cuba memotong kenderaan lain di hadapan.

Motosikal yang dinaiki keluarga tersebut pula secara kebetulan sedang membelok ke kanan ke simpang ketika itu.

Suami tercampak ke tepi jalan berikutan perlanggaran manakala mangsa dan anaknya yang menaiki pembonceng diseret ke bawah kereta. Lelaki dan anaknya hanya mengalami luka calar, tetapi wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,”

kata Supt Sabarudin.

Livestream berlangsung selama 37 minit selepas kejadian

Video secara langsung yang dirakam oleh mangsa telah tular di Facebook dan menunjukkan mereka dilanggar oleh kereta pada tanda 4:55 minit.

Berdasarkan rakaman tersebut, tiada kereta di hadapan motosikal berkenaan sebelum mereka mengambil keputusan untuk membelok ke simpang sebelah kanan.

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, 'Livestream' Rakam Kejadian
Mereka hendak belok ke sebuah simpang sebelum kejadian berlaku. Kredit foto: Facebook

Kereta yang melanggar mereka juga tidak kelihatan dalam rakaman kerana kereta itu melanggar mereka dari arah belakang.

Selepas kejadian itu, video itu menunjukkan rakaman langit selama lebih 30 minit, mencadangkan telefon yang digunakan untuk membuat livestream tersebut terbaring di tepi jalan berikutan kemalangan itu.

Motosikal tersebut susulan kejadian. Kredit foto: The Star

Apa yang membuatkan netizen berasa simpati ialah dalam video berkenaan, netizen dapat mendengar suara pilu seorang lelaki berserta beberapa suara daripada individu lain, serta anak mangsa menangis meraung mangsa.

Telefon pintar itu akhirnya diangkat pada penghujung video, menunjukkan kejadian sebelum livestream ditamatkan. Netizen turut mengucapkan takziah kepada si suami dan anak lelaki itu atas kehilangan isteri dan ibu mereka.

Bagi kereta yang melanggar mereka, dilaporkan pemandu dan isterinya tidak mengalami kecederaan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi di sini:

SUMBER : THE STAR
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Info Tidak Lengkap, Harga Tiket Masuk Sarawak Cultural Village Ini Jadi Bualan Netizen Info Tidak Lengkap, Harga Tiket Masuk Sarawak Cultural Village Ini Jadi Bualan Netizen
Next Article Tempah Makanan Kini Di Hujung Jari, ShopeeFood Sudah Sampai Di Kota Kinabalu

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?