Individu kongsi kisah ‘pahitnya’ ditipu oleh scammer semasa mahu menempah hotel menerusi Airbnb
Taktik Licik Scammer Menerusi Airbnb, Individu Alami Kerugian RM300. Baru-baru ini, seorang individu mendedahkan dirinya tertipu dengan servis Airbnb, malah mengalami kerugian yang berjumlah RM300 disebabkan terpedaya dengan taktik scammer.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian individu itu di aplikasi X, beliau telah membayar wang kepada individu yang membuat penyenaraian palsu lokasi Airbnb tersebut.
Beliau dikatakan ingin bermalam di Kuala Lumpur dan sedang mencari penyenaraian lokasi di platform Airbnb. Segalanya berjalan lancar semasa membuat tempahan dengan seorang lelaki bernama Kin Seng Ong, yang menyamar sebagai pemilik hartanah itu, memetik sumber.
Tidak hantar kod QR untuk akses hotel, dan minta RM300, namun mangsa menurut perintah
Namun, ketika beliau cuba mendaftar masuk atau check-in, suspek bukan sahaja enggan menghantar kod QR untuk mengakses hotel yang ditempah itu, malah turut meminta deposit sekuriti RM300 daripadanya.
Mangsa pula hanya mengikut arahan dan menyerahkan resit wang kepada individu terbabit yang mana didapati menggunakan tiga nama berbeza bagi tujuan penipuan.

Menipu tandas tersumbat, banyak yang sudah kena tipu unit rumah tersebut
Dalam pada itu, lebih kurang 10 minit kemudian, suspek menghantar video berdurasi 1 saat, memberitahu mangsa bahawa tandas tersumbat dan mangsa tidak dibenarkan memasuki rumah penginapan yang ditempah.
Mangsa yang bingung kemudiannya dimaklumkan oleh pengawal keselamatan dan pengurus bahawa unit rumah 1205 ini telah menerima banyak kes sebegitu, bahkan ramai orang telah menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, difahamkan beliau sudah membuat laporan polis dan beliau turut menemui beberapa penyenaraian unit lain di sekitar Kuala Lumpur menerusi platform Airbnb di bawah nama suspek tersebut.
Menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati
Sementara itu,, beliau turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan penyenaraian di platform Airbnb dan pastikan untuk melihat maklum balas pada akaun individu yang menawarkan rumah penginapan terlebih dahulu.
Selain itu, bagi menjamin keselamatan wang anda, anda juga digesa untuk membuat segala transaksi pembayaran melalui aplikasi atau platform Airbnb dan bukannya perbankan terus ke dalam akaun individu.
