• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026

Oleh
Aina Musa
2 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026

Unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang meningkat sejak 2020 meyakinkannya untuk menetapkan jangkaaan itu.

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026. Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya Abang Johari Openg.

Beliau berkata, unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 memberi beliau keyakinan untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh kerajaan negeri.

“Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026.

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026
Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026. Kredit: FMT

“Kalau 2022, pendapatan negeri dah bertambah hingga (RM)12 bilion, pengiraan (saya) tahun ini kemungkinan kita memecahkan rekod (pendapatan) 2022,” katanya.

Berucap pada majlis penutupan Pesta Benak Edisi ke-20 di sini hari ini, beliau berkata, hasrat menyediakan pendidikan tinggi percuma ini adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri.

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026

“Kita sudah ada ‘sovereign fund’ (dana berdaulat) untuk masa depan kita dan bakinya akan kita tumpukan kepada pendidikan anak-anak kita, selain memantapkan ekonomi serta membangunkan lagi infrastruktur kita,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, satu kawasan antara bahagian Samarahan dan Sri Aman telah dikenal pasti untuk pelaksanaan penanaman padi berskala besar menggunakan teknologi terkini.

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026

Beliau berkata, langkah itu juga merupakan pendekatan jangka panjang bagi memastikan Sarawak tidak berdepan kekurangan bekalan beras tempatan.

“Kita (kerajaan Sarawak) sudah ada dasar mengeluarkan beras menggunakan teknologi baru, anak benih baharu. (Kita tidak mahu) apabila beras dah kurang, barulah nak berkira (untuk mengadakan dasar pengeluaran beras),” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Jo Berhasrat Sarawak Jadi Pengeluar Bateri Mesra Alam Untuk Pasaran Dunia
Abang Jo: Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taktik Licik Scammer Menerusi Airbnb, Individu Alami Kerugian RM300
Next Article Rupanya Pemandu e-Hailing OKU Pendengaran, Wanita Dakwa ‘Dilarikan’ Tarik Laporan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?