• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Taktik Pelajar Perempuan Sorok Vape Di Bahagian Sulit Terbongkar

Oleh
Farisha
24 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Helah pelajar perempuan sorok vape dalam seluar dalam terbongkar

Taktik Pelajar Perempuan Sorok Vape Di Bahagian Sulit Terbongkar. Seorang cikgu berasa kecewa selepas mendapati seorang muridnya menyorok alat vape yang berbentuk pen dalam seluar dalamnya.

Sewaktu pemeriksaan mengejut dijalankan, pihak sekolah terlihat seorang murid yang berkelakuan pelik. Apabila ditanya, murid tersebut mengaku ada menyimpan alat vape dan mengeluarkannya dari seluar dalam. Alasannya ialah dia tidak mahu kawan-kawannya tahu.

Taktik Pelajar Perempuan Sorok Vape Di Bahagian Sulit Terbongkar
Taktik Pelajar Perempuan Sorok Vape Di Bahagian Sulit Terbongkar

Menurut cikgu yang dikenali sebagai Jane, beliau terkejut kerana alat vape tersebut kelihatan seperti alat tulis biasa. Ini menyukarkan pihak sekolah untuk mengesan kerana ia menyerupai pen marker atau highlighter, membolehkan pelajar menghisap vape secara senyap di antara waktu kelas.

Seorang lagi cikgu bernama Aisyah berkongsi pengalaman yang sama. Pihak sekolahnya telah mengambil langkah seperti menanggalkan panel siling di tandas untuk menghalang pelajar menyembunyikan vape. Namun, walaupun selepas tindakan disiplin diambil, masih ada pelajar yang degil.

Harga vape murah salah satu punca pelajar menghisap vape

Harga vape yang murah juga menjadi punca masalah ini berterusan. Pelajar boleh membeli vape terpakai daripada rakan-rakan dengan harga serendah RM10.

Jane menerangkan bahawa isu vape di kalangan remaja berkait rapat dengan tekanan rakan sebaya dan rasa bosan. Beliau mencadangkan ibu bapa perlu lebih aktif memantau aktiviti anak-anak mereka, dan jangan mengambil ringan tentang perkara ini, menurut laporan media tempatan.

Seorang ibu, Megan Soh yang mempunyai anak remaja berumur 16 tahun, menggesa agar pendidikan yang lebih baik dan peraturan yang lebih ketat dilaksanakan untuk mengawal akses kepada produk vape.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, menegaskan bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menghisap vape di hadapan anak-anak, memandangkan remaja sedang berada dalam fasa mencuba pelbagai perkara dalam hidup mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri
Hati-Hati, Vape Disangka Pen Marker Makin Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

SUMBER :MajoritiThe Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [TERKINI] Taufan Trami Hampiri Filipina, Sabah Diarah Untuk Berjaga-Jaga [TERKINI] Taufan Trami Hampiri Filipina, Sabah Diarah Untuk Berjaga-Jaga
Next Article Kupon Letak Kereta Kertas Di Sabah Akan Dimansuhkan 15 November Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?