• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Taktik Terbaru Scammer Guna Jemputan Berbuka Puasa, Elak Klik Pautan APK

Oleh
Farisha
11 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Terima Jemputan Berbuka Dari Nombor Tak Dikenali? Jangan Klik Pautannya

Taktik Terbaru Scammer Guna Jemputan Berbuka Puasa, Elak Klik Pautan APK. Bulan Ramadan ni memang penuh keberkatan, tapi sayangnya ada juga individu tak bertanggungjawab yang ambil kesempatan dengan taktik penipuan baharu.

Bekas pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini bertindak sebagai duta anti-scam, Rahmat Fitri Abdullah, baru-baru ni mendedahkan dalam satu video di TikTok tentang modus operandi scam terbaru yang sedang berleluasa.

Taktik Terbaru Scammer Guna Jemputan Berbuka Puasa, Elak Klik Pautan APK
Taktik Terbaru Scammer Guna Jemputan Berbuka Puasa, Elak Klik Pautan APK. Sumber foto: Majoriti

Jemputan Berbuka Yang Sebenarnya Perangkap

Menurut Rahmat, scam ini bermula dengan mesej WhatsApp atau aplikasi lain yang nampak mesra dan tidak mencurigakan. Isinya? Jemputan berbuka puasa. Siapa je tak tersentuh kalau ada orang ajak berbuka, kan?

Tapi jangan mudah percaya. Mesej tu biasanya disertakan dengan dokumen atau pautan yang ada tulisan .APK. Kalau nampak je benda ni, JANGAN KLIK!

“Perhatikan jika ada terima sebarang mesej daripada nombor tidak dikenali yang menjemput anda untuk berbuka puasa. Mesej itu juga disertakan dengan dokumen atau pautan yang mempunyai tulisan APK. Jika terima mana-mana pautan sedemikian, janganlah klik,” kata Rahmat, menurut sumber media tempatan.

Kenapa Bahaya?

Pautan .APK ni sebenarnya bukan sekadar fail biasa, tapi sejenis aplikasi yang boleh mencuri data peribadi anda, termasuk nombor akaun bank dan maklumat peribadi lain. Sekali anda muat turun dan pasang aplikasi tu, scammer boleh akses telefon anda tanpa disedari.

Sebarkan Kepada Orang Ramai

Rahmat juga mengingatkan agar info ini dikongsi kepada semua, terutama mereka yang kurang mahir menggunakan telefon pintar. Kita semua ada mak, ayah, pakcik, makcik yang mungkin lebih mudah terpedaya dengan taktik macam ni.

Jadi, sebelum teruja nak terima jemputan berbuka puasa dari nombor tak dikenali, pastikan anda berhati-hati dan jangan klik sebarang pautan mencurigakan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai taktik-taktik scammer:

Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut
Taktik Terbaru Scammer, Agih Tumbler Percuma Dan Jerat Mangsa Imbas Kod QR
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terkejut Zizi Kirana Fasih Loghat Sarawak, Akui Rindu Perform Di Lubok Antu
Next Article Program BAIK Bantu Pelajar IPT Sabah Miliki Komputer Riba Untuk Pembelajaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?