• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri

Oleh
Aina Musa
4 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri

Ditahan kerana berkelakuan mencurigakan

Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri. Tindakan seorang pemandu lori yang cuba melarikan diri daripada diperiksa oleh polis lalu memandu secara melawan arus di Piasau Jaya, di sini membawa padah apabila dia berjaya ditahan tengah malam kelmarin.

Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri
Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, lelaki tempatan itu pada mulanya ditahan oleh Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 12.30 tengah malam kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan tersebut.

Enggan beri kerjasama

“Namun lelaki tersebut enggan memberikan kerjasama dan telah bertindak melarikan diri dengan memecut lori yang dipandunya secara melawan arus sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Unit peronda telah mengejar lelaki tersebut dan berjaya menahannya bersama lori yang dipandu olehnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tidak mempunyai lesen dan cukai jalan

Alexson berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota bertugas mendapati lori yang dipandu itu tidak mempunyai cukai jalan dan lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri
Takut Diperiksa Polis, Pemandu Lori Selamba Bawa Lori Lawan Arus Di Miri. Sumber: Utusan Borneo

“Kenderaan yang digunakan oleh lelaki itu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 186/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada masyarakat agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi arahan serta memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Di Facebook, Rumah Sunyi Jadi Target Pecah Rumah Pada Siang Hari Di Bintulu
Next Article [VIDEO] Akibat Melanggar Dan Ejek Rider Makanan, Myvi Lunyai Diterbalikkan Orang Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?