• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Oleh
ILB - AI
4 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang 'Plash Speed' Yang Sebenarnya PS5

Menyamar PlayStation 5 sebagai router

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5. Bagi mereka yang tak familiar dengan perkataan Plash Speed, ia berasal dari animasi tentang bagaimana seorang lelaki mengupah seorang juruteknik palsu untuk memasang router Internet tetapi rupa-rupanya ia adalah sebuah PlayStation. Hal ini kerana isteri kepada lelaki berkenaan tidak membenarkannya untuk membeli konsol permainan itu.

Akibat anak pasangan suami isteri itu tersebut ‘PS’ (PlayStation) ketika melihat ‘router’ baru itu, kesemua watak dalam animasi cuba menyembunyikan kebenaran dari wanita terbabit dengan mengatakan PS tersebut adalah inisial untuk Plash Speed dan merupakan penghala internet terpantas di pasaran – demikian mewujudkan ‘meme’ di kalangan pemain permainan video.

Walaupun berasal dari animasi, tak sangka pula seorang lelaki dari Vietnam betul-betul mengupah seorang juruteknik (yang sebenarnya ialah seorang pembantu jualan) untuk memasang PS5 beliau di rumah dengan menyamar PS5 itu sebagai penghala WiFi akibat dilarang oleh isterinya untuk membeli konsol permainan tersebut.

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Mengupah pembantu jualan untuk memasang PS5, menyamar sebagai juruteknik penghala WiFi

Menurut laporan, seorang lelaki dari Vietnam mengupah seorang pembantu jualan untuk menjadi juruteknik bagi memasang PS5 yang dibelinya secara senyap dengan menyamar sebagai penghala.

Di Vietnam, sebuah PS5 bernilai sekitar 15 juta dong iaitu kira-kira RM2.6K. Berdasarkan gambar yang disertai dalam laporan asal, konsol yang dibeli oleh lelaki itu merupakan Digital Edition jadi harganya sekitar RM800 lebih banyak daripada set tempatan kita.

Kredit: TechNave

Menurut laporan, ‘juruteknik’ itu menggunakan PS5 sebagai penghala untuk memasang rangkaian.

Bagi menjadikannya kelihatan sah, label telefon jaminan bahkan ditampal di PS5 agar isteri lelaki itu tidak mengesyaki apa-apa.

Kredit: 9gag

Namun, akibat kisah lelaki ini pun sudah tersebar luas dalam media sosial, memang pasti lah isterinya kini sudah mengetahui perkara yang sebenar. Semoga berjaya kepada lelaki itu dalam menjelaskan mengenai ‘penghala’ barunya!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?