• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Taman Kopi Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Ke Padawan

Oleh
Aina Musa
22 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Taman Kopi Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Ke Padawan

Taman agro berasaskan kopi bakal dibuka di Padawan

Taman Kopi Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Ke Padawan. Taman Agro berasaskan kopi bakal diwujudkan di kawasan Padawan, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.

Justeru beliau menggesa pihak yang terlibat agar melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan memastikan is berjaya selain menjadi satu lagi produk pelancongan agro.

Taman Kopi Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Ke Padawan. Sumber: Dayak Daily

“Kalau kita buat sesuatu mesti ada jenama, dan kita buat promosi secara agresif.

“Taman Agro berasaskan kopi sesuai diwujudkan di sini, semua aktiviti merangkumi penyelidikan dan pembangunan juga disini,” katanya.

Dr Rundi berkata demikian di sidang media selesai Majlis Penyerahan Rural Growth Centre (RGC) Padawan kepada Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan hari ini.

Dengan pengambil alihan tersebut, GKCDA merancang mewujudkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) kopi di RGC Padawan dengan peruntukan RM8 juta.

Selain itu, peruntukan RM7 juta juga disediakan bagi menyediakan infrastruktur jalan ke kawasan penanaman kopi iaitu Ladang Mini Bayur – Jambu.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Adun Mambong Datuk Dr Jerip Susil memberitahu terdapat lebih 600 pekebun kecil kopi di sekitar Padawan.

Katanya, mereka telah menanam kopi sejak 3 tahun yang lepas dan kini sudah membuahkan hasil.

“Saya difahamkan bahawa ada juga penanam kopi di kawasan Tarat, Tebedu dan Serembu.

“Pengerusi GKCDA mahu kita wujudkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) kopi di sini,” katanya.

Tambah Dr Jerip, tanah seluas lebih 40 hektar juga dicadang bagi tujuan penanaman kopi yang melibatkan pelaburan swasta.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat yang juga Pengerusi GKCDA Dato Sri Roland Sagah.

Baca lagi artikel menarik:

Theatre Hotel, Smart Hotel Dengan Konsep Layan Diri Di Kuching
Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Pukul Adik 15 Tahun, Lelaki Kuching Ini Dipenjara 6 Bulan Padah Pukul Adik 15 Tahun, Lelaki Kuching Ini Dipenjara 6 Bulan
Next Article Pelajar MRSM Betong Rangkul Gangsa Pertandingan Robot Antarabangsa Olimpik Di Greece

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?