Ini antara 9 Taman Negara untuk melancong di Sabah
Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah. Sabah merupakan negeri yang kaya dengan flora dan fauna. Kelebihan ini menjadikan Sabah sebagai sebuah destinasi yang popular dalam kalangan pelancong yang gemarka aktiviti berkaitan.
Untuk pengetahuan anda, Sabah mempunyai 9 buah taman negara yang menarik dan anda perlu melawat taman taman negara tersebut sekiranya berkunjung ke Sabah. Dalam artikel ini kami senaraikan 9 buah taman negara yang anda perlu lawat di Sabah.
1. Taman Kinabalu

Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia yang meliputi kawasan seluas 754 km persegi telah diisytiharkan sebagai sebuah taman pada tahun 1964. Asas penubuhan kawasan perlindungan di Kinabalu telah terbentuk selepas laporan daripada ekspedisi Saintifik Royal Society Kinabalu pada tahun 1962-1964 yang diketuai oleh Prof. Corner. Ia adalah Taman pertama di negeri Sabah, Borneo Malaysia.
Ciri utamanya adalah Gunung Kinabalu (4,095.2 m), gunung tertinggi di antara Banjaran Himalaya dan New Guinea. Lereng gunung ini adalah rumah kepada pelbagai tumbuhan dan spesies haiwan. Ia adalah titik panas kepelbagaian tumbuhan terutamanya dengan keunikan flora dari Himalaya, China, Australia, Semenanjung Malaysia, dan juga rantau pan-tropika.
Maklumat penting
Lokasi: 89300 Ranau, Sabah
Waktu operasi: 8am-5pm
Nombor telefon: 088-523 500
2.Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.
Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu merupakan sebuah terminal feri bagi mereka yang menuju ke pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug). Teriminal feri ini juga merupakan titik berlepas bagi pelanggan yang tinggal sama ada di Resort Pulau Manukan atau Resort Gayana.
Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.
Maklumat penting
Nombor telefon: 088-486 430
Waktu operasi: 8am-5pm
3.Taman Pulau Tiga

Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.
Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia.
Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipesisiran pantai.
Maklumat penting
Lokasi: Kuala Penyu, Sabah
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (8am-5pm), Sabtu dan Ahad (9am-5pm)
Nombor telefon: 087-884 695
4. Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.
Taman Bukit Tawau adalah pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).
Maklumat penting
Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah
Nombor telefon: 013-884 1321
5. Taman Banjaran Crocker

Banjaran Crocker adalah banjaran gunung yang terletak di pulau Borneo. Banjaran ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ia merupakan banjaran gunung tertinggi di Sabah iaitu setinggi 1,800 meter.
Sejak tahun 1968 lagi, hutan di kawasan Banjaran Crocker ini telah diwartakan sebagai kawasan hutan yang dilindungi. Kemudian pada tahun 1984, Taman Semulajadi Banjaran Crocker diwujudkan untuk melindungi kawasan tadahan air yang menjadi bekalan air minuman kepada penduduk pedalaman dan Pantai Barat Sabah.
Taman Banjaran Crocker begitu kaya dengan flora dan fauna. Ia mempunyai kekayaan biodiversiti dan ekologinya mengagumkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi.
Maklumat penting
Alamat: Tambunan, Sabah
Nombor telefon: 088-523 500
6. Taman Laut Pulau Penyu

Taman Laut Pulau Penyu merupakan sebuah taman marin di Sabah, Malaysia, yang merangkumi perairan Pulau Selingaan, Gulisaan dan Bakkungan Kecil. Ia diwartakan sebagai taman marin dan dikenali sebagai Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) pada 1977.
Selain bagi mengekalkan sumber makanan kepada penyu hijau dan penyu sisik yang mendarat di taman itu, terumbu karang yang ada di sekeliling taman ini turut menjadi tempat tinggal kepada habitat marin yang lain di perairan TPPP.
Taman Laut Pulau Penyu merangkumi kawasan seluas 1,740 hektar, dan terdapat lima stesen bagi perlaksanaan kerja-kerja memantau terumbu karang.
7. Taman Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam “Hot spot center to scuba divers” misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
8. Taman Tun Mustapha

Digelar taman marin terbesar di Malaysia dan ‘memayungi’ sebanyak 50 pulau, Taman Tun Mustapha yang terletak di bahagian utara Sabah tersimpan khazanah laut yang seharusnya dipelihara sepanjang zaman.
Berkeluasan lebih sejuta hektar, ratusan spesies terumbu karang dan ikan yang `menginap’ di dalamnya amat berharga, khususnya untuk tatapan generasi akan datang yang seharusnya dididik tentang kepentingan menjaga ekosistem marin itu.
9. Taman Marin Tun Sakaran

Semporna merupakan daerah yang sangat berpotensi dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan bukan sahaja di negeri Sabah tapi Malaysia. Pada tahun 2004 YB Mohd Lan Adun Sulabayan individu yang bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang dan terlibat dalam meluluskan pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran (TMTS) terhadap 6 perkara dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah Perisytiharan Taman Marin Tun Sakaran 22 Julai 2004 .
Tertarik dengan 6 perkara tentang hak-hak keistimewaan yang jelas menunjukkan bahawa ianya sangat berguna untuk pemilik dan waris TMTS iaitu anak jati tempatan Semporna yang mmpunyai peluang dalam memajukan pelancongan negara Malaysia khususnya daerah Semporna. Pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran boleh dikatakan bertahap ‘World Class’. Sebagai contoh, aktiviti Diving dan sebagainya yang jelas menunjukkan mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong luar negara seterusnya membawa keuntungan kepada negara Malaysia.
Maklumat penting
Lokasi: Semporna, Sabah
Nombor telefon: 088-523 500
Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadinya yang indah. Terdapat banyak taman negara yang melindungi biodiversiti flora dan fauna serta ekosistem unik di negeri ini. Antara taman-taman negara utama termasuklah Taman Kinabalu, Taman Bukit Tawau, Taman Banjaran Crocker, Taman Pulau Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Penyu dan banyak lagi.
Taman-taman ini menampilkan pelbagai bentuk landskap semula jadi seperti gunung, hutan hujan, pantai dan pulau. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara dan dilindungi untuk generasi akan datang.
Usaha pemuliharaan di taman-taman negara Sabah perlu dipertingkatkan melalui kerjasama pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang awam. Pendidikan kesedaran awam tentang kepentingan memelihara alam sekitar juga amat penting. Diharapkan warisan alam semula jadi negeri Sabah akan terpelihara untuk kesejahteraan penduduknya dan juga generasi masa hadapan.