• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Panduan Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR

Oleh
Ismail NA
2 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Bermula tahun 2023, proses permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya akan dijalankan sekali sahaja dalam setahun

Panduan Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR. Difahamkan, pihak kerajaan sedang melaksanakan penambahbaikan baharu dalam proses pendaftaran STR bagi memastikan tiada individu yang tercicir.

Bermula 1 November 2023 (Rabu), individu yang memenuhi syarat dapat melakukan permohonan baru dan mengemaskini maklumat peribadi mereka untuk STR 2024 pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Panduan Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR
Panduan Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR

Maklumat penerima STR sedia ada didaftarkan secara automatik

Manakala, maklumat penerima STR yang sedia ada akan secara automatik dipindahkan ke dalam pangkalan data kerajaan untuk mengelakkan masalah keciciran atau ‘kesilapan pengecualian’.

Ini adalah untuk memastikan mereka yang layak tetapi tidak terdapat dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan mereka, serta membolehkan penerima sedia ada mengemaskini maklumat jika terdapat perubahan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan, data STR akan dikaji dan diselaraskan dengan maklumat dari beberapa agensi kerajaan untuk memastikan mereka yang mendaftar benar-benar memenuhi syarat penerima STR 2024 mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

pERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan klik butang ‘Permohonan Baharu STR 2024’
Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan pendaftaran terdahulu (jika ada)
Jika anda merupakan pemohon baharu, anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi dan maklumat bank dalam ruangan yang disediakan. Muat naik surat sokongan jika berkaitan (sijil perkahwinan, sijil perceraian, dan sebagainya).
Setelah selesai, klik butang ‘Teruskan’
Isikan Captcha untuk pengesahan dan tanda pengakuan
Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan baru STR anda
Tekan ‘Ya’ untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan semakan di masa hadapan.
Masukkan nombor kad pengenalan, cipta kata kunci keselamatan yang mudah diingati, jawab semua soalan keselamatan.
Cipta kata laluan baru untuk akaun MySTR anda dan klik butang ‘Daftar’
Log masuk akaun anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan baharu tadi.
Untuk menyemak status permohonan anda, klik pada tab ‘Semakan Permohonan’.
Untuk mengemas kini permohonan, klik pada tab ‘Kemaskini Permohonan’ mengikut status semasa.

Pemohon STR boleh menyemak Soalan Lazim (FAQ) di portal resmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk informasi lebih lanjut. Pemeriksaan status pembayaran dan keputusan Rayuan STR juga boleh dilakukan melalui pautan yang sama.

Lagi artikel menarik berkaitan STR yang boleh anda baca:

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta
Waris Boleh Tuntut RM1000 Di BSN, Ini Syarat Untuk Tuntut Skim Khairat Kematian
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Next Article Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?