• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15

Oleh
Ismail NA
14 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Bah.

Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15. Penumpang-penumpang yang menggunakan feri dari Labuan ke Menumbok, Sabah bakal menghadapi kenaikan harga tambang daripada RM 13 kepada RM 15 bermula 15 Jun 2022, Rabu.

Isi Isi Penting
  • Bah.
  • Harga tambang seragam untuk kedua-dua hala
  • Harga tambang yang dibayar pengembara hanyalah 50% daripada harga sebenar
  • Sebut pasal Labuan, apa yang best ya? Jom baca artikel tentang Labuan di sini:

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Labuan Holdings Sdn Bhd selaku Pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15
Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15. Kredit foto: BERNAMA

Harga tambang seragam untuk kedua-dua hala

Menurutnya, semakan semula harga tambang dari Labuan ke Menumbok sudah terlalu lama tidak dilaksanakan. Bahkan, harga tambang baharu ini juga adalah bagi menyelaraskan harga tambang dari Menumbok ke Labuan yang sememangnya berharga RM 15.

Jelas pihak pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan lagi, kadar tambang tersebut sudah diluluskan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah pada tahun 2017.

Malah, kadar yang telah diluluskan itu sebenarnya sudah boleh dikuatkuasakan pada tahun itu, namun telah ditangguhkan.

Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15
Terminal Feri Menumbok, Sabah. Kredit: mapio.net

Kenaikan ini juga bukanlah atas sebab kos bahan mentah yang semakin naik, tetapi lebih kepada usaha penyeragaman harga tambang di antara kedua-dua laluan.

Harga tambang yang dibayar pengembara hanyalah 50% daripada harga sebenar

Syarikat pengurusan juga memberitahu bahawa pengembara selama ini menikmati faedah penggunaan terminal dan surcaj secara percuma meskipun kerja-kerja pendaftaran penumpang dilakukan sendiri oleh syarikat berkenaan.

Lebih penting, harga yang dibayar oleh penumpang pada masa ini hanyalah merangkumi 50% daripada harga sebenar. Hal ini kerana tambang feri Labuan-Sabah ini sebenarnya dibiayai oleh subsidi kerajaan.

Naik RM 2 saja, okay lah bah tu kan? Daripada tak ada pengangkutan langsung. Hihi.

Sebut pasal Labuan, apa yang best ya? Jom baca artikel tentang Labuan di sini:

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dilabel Vandalisme, Rupa-Rupanya Graffiti Viral Sandakan Ini Sebenarnya Karya Artis Graffiti Terkenal Sabah Dilabel Vandalisme, Rupa-Rupanya Graffiti Viral Sandakan Ini Sebenarnya Karya Artis Graffiti Terkenal Sabah
Next Article Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?