• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
14 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Harga purata rumah di Sarawak adalah RM 482,592 dan Sabah RM 464,907.

Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia. Dipetik daripada DayakDaily, rumah di Sarawak dan Sabah adalah lebih mahal daripada Penang justeru meletakkannya di tempat ketiga dan keempat bagi rumah termahal di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan di bawah unit Premier Sarawak, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) angka awal bagi harga purata rumah di Sarawak bagi suku pertama 2021 adalah RM 482,592.

Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia
Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Berbeza sedikit daripada Selangor yang di tangga kedua

Harga tersebut hanya sedikit sahaja berbeza dengan Selangor yang ditangga kedua rumah paling mahal di Malaysia dengan harga purata iaitu RM 492,061. Di Kuala Lumpur pula, purata bagi harga rumah di kawasan berkenaan adalah mencecah RM 763, 234.

Selepas Sarawak, Sabah yang di tangga keempat bagi rumah termahal dengan mencecah harga purata RM 464,907 diikuti Pulau Pinang di tangga kelima dengan harga purata RM 439,853.

Sementara itu, harga purata rumah di Johor pula adalah RM 367,266 manakala harga purata rumah di negeri yang lain di Malaysia adalah bawah RM 300,000.

Walaupun Sarawak di tangga ketiga rumah paling mahal di Malaysia, namun harga rumah di negeri ini sebenarnya telah pun menurun berbading harganya pada suku tahun 2020 di mana ia mencecah RM 485,622.

Pada tahun 2020, nisbah harga kepada pendapatan rumah di Sarawak adalah amat membimbangkan dengan nisbah 7 : 1. Menurut United Nations and World Bank, harga rumah yang diangga berpatutan bagi rakyat adalah di nisbah 3 : 1 atau lebih rendah.

Sarawak Di Tangga Ketiga, Sabah Keempat Harga Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Harga rumah di Sarawak dianggap paling mahal dan tak berpatutan

Sebagai contoh, jika pendapatan isi rumah median ialah RM 45, 000 ini bermakna harga sepatutnya bagi rumah adalah RM 135, 000 atau lebih rendah.

Pada 23 May tahun ini, Pengurusi Parti DAP Sarawak (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen, ketika di dewan perundangan (DUN) berkata bahawa jika dibandingkan pendapatan isi rumah rakyat di Sarawak, dengan harga rumah di negeri ini, ia dianggap paling mahal dan paling tak berpatutan di Malaysia.

Beliau juga pernah berkata pada tahun 2020 bahawa pendapatan isi rumah median di Sarawak ialah RM 45,972 tetapi harga rumah median ialah RM 326,500 berbanding Pulau Pinang di mana harga rumah median adalah jauh lebih rendah iaitu RM 285,000 dan pendapatan isi rumah median pula lebih tinggi iaitu RM 64,688.

Sebelum ini, Sarawak merupakan negeri yang merekodkan jumlah penduduk miskin tegar tertinggi di Malaysia:

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tambang Feri Labuan Ke Sabah Dinaikkan Daripada RM 13 Kepada RM 15
Next Article Penggemar Dessert, Anda Pasti Akan Suka Hokkaido Ice Cream Puff Di Miri Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?