• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tambang Lebih Rendah, Syarikat Penerbangan Milik Sarawak Dijangka Mula Operasi 2025

Oleh
Farisha
15 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Harga tiket penerbangan lebih rendah untuk rakyat Sarawak menjelang tahun 2025 dengan syarikat penerbangan milik Sarawak

Tambang Lebih Rendah, Syarikat Penerbangan Milik Sarawak Dijangka Mula Operasi 2025. Sebuah syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka memulakan operasinya pada tahun 2025.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier, YB Fazzrudin Abdul Rahman, menyatakan bahawa syarikat ini akan meningkatkan persaingan dan berpotensi menyebabkan harga tiket lebih rendah bagi penduduk Sarawak yang mahu melancong ke Semenanjung Malaysia atau pulang ke kampung halaman.

Tambang Lebih Rendah, Syarikat Penerbangan Milik Sarawak Dijangka Mula Operasi 2025
Tambang Lebih Rendah, Syarikat Penerbangan Milik Sarawak Dijangka Mula Operasi 2025. Sumber foto: BERNAMA

Menurut YB Fazzrudin, harga tiket penerbangan sering menjadi terlalu mahal terutamanya pada musim perayaan. Beliau berkata, harga tiket pulang ke Kuala Lumpur boleh mencecah antara RM800 hingga RM1,000 atau lebih, yang dianggap agak tinggi.

Bagi pelajar yang ingin pulang pada musim Gawai nanti, Fazzrudin mencadangkan agar menunggu pengumuman daripada syarikat-syarikat penerbangan atau Kementerian Pengangkutan mengenai kemungkinan diskaun harga tiket.

GPS masih diteruskan, memohon sebanyak 2 kali setahun

Walau bagaimanapun, inisiatif Graduan Pulang Sarawak yang dianjurkan bersama Sukarelawan Sarawak dan Yayasan Sarawak masih diteruskan, dengan pelajar dibenarkan memohon dua kali setahun.

“Namun, ada pelajar memohon bagi Aidilfitri, cuti dan perayaan lain. Biasanya kami tunggu data tahunan kemudian nilai jumlahnya. Purata 10,000 hingga 12,000 pelajar Sarawak dibantu,” ujarnya menurut laporan.

Syarikat penerbangan itu telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Kumpulan Penerbangan Malaysia

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengumumkan syarikat penerbangan itu dijangka bermula pada 2025, dan pemerolehan itu secara prinsipnya telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Kumpulan Penerbangan Malaysia.

Beliau berkata tumpuan semasa adalah untuk membincangkan aspek teknikal pengambilalihan itu, dan menjangka ia akan dimuktamadkan pada Ogos tahun ini atau selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat
Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau
Next Article Sepuluh Lembah Sungai Dipilih Untuk Projek Tenaga Hidro Di Sarawak Sepuluh Lembah Sungai Dipilih Untuk Projek Tenaga Hidro Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?