• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tambang Serendah RM 99, Air Asia Lancar Penerbangan Terus Sibu-Singapura Mulai Esok

Oleh
Aina Musa
15 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tambang Serendah RM 99, Air Asia Lancar Penerbangan Terus Sibu-Singapura Mulai Esok

Berita baik untuk warga Sibu

Tambang Serendah RM 99, Air Asia Lancar Penerbangan Terus Sibu-Singapura Mulai Esok. AirAsia melancarkan laluan antarabangsa baharu dari Sibu, Sarawak ke Singapura, dengan penerbangan sulung dijangka berlepas esok membabitkan kekerapan empat kali seminggu.

AirAsia pada awal tahun ini telah melancarkan dua penerbangan terus yang menghubungkan Sarawak ke Singapura berikutan permintaan yang kukuh.

Tambang Serendah RM 99, Air Asia Lancar Penerbangan Terus Sibu-Singapura Mulai Esok. Sumber: Berita Harian

Kedua-dua penerbangan sulung dari Kuching dan Miri ke Singapura telah berlepas pada 29 April lalu.

Laluan baharu dari Sibu menandakan laluan antarabangsa ketiga syarikat penerbangan itu dari Bumi Kenyalang, menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas dan sambungan terbesar di Sarawak.

Tambang mampu milik serendah RM 99

AirAsia kini menawarkan promosi tambang hebat untuk tetamu terawal.

Mulai sekarang sehingga 27 November 2022, nikmati tambang termasuk semua daripada RM99 sehala untuk tempoh perjalanan bermula 16 Disember 2022 hingga 24 Mac 2023.

Penerbangan boleh ditempah pada tambang promosi ini dengan menekan pada ikon ‘Flights’ pada airasia Super App atau laman web dan terokai keindahan destinasi ini pada nilai hebat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata syarikat penerbangan itu sentiasa menawarkan laluan yang unik dan kurang mendapat perkhidmatan kepada tetamu, di samping memacu perkembangan industri perjalanan udara melalui rangkaian luas dengan tambang berpatutan.

Air Asia bakal tambah lebih lagi kekerapan penerbangan Sibu-Singapura

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan laluan baharu yang belum pernah kami lancarkan sebelum ini, menghubungkan pengembara ke dua destinasi popular yang mempunyai permintaan kukuh untuk perjalanan dua hala,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya menggalakkan tetamu yang inginkan mendapatkan tawaran bernilai hebat ini untuk membuat tempahan segera dan menerokai bandar-bandar yang indah ini bersama kami,” katanya.

Mulai bulan depan, AirAsia bakal meningkatkan kekerapan penerbangannya untuk laluan Kuching-Singapura kepada 11 kali seminggu dan Miri-Singapura kepada lima kali seminggu.

Penerbangan tersedia untuk tempahan melalui airasia Super App dan laman web airasia.

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buka Cawangan Pertama Sarawak, Dapatkan Pakaian Sukan Bergaya Anda Di JD Sports
Next Article Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?