• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen

Oleh
Husna Hazmi
18 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Guru ini sanggup berpanas terik untuk menanda kerja rumah anak muridnya.

Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen. Menjadi Tenaga Pengajar bukanlah semudah yang kita sangkakan. Terutamanya kini di mana pembelajaran dalam talian adalah perjuangan bagi pendidik dan juga pelajar.

Masih ramai lagi yang tidak tahu pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru untuk memastikan pelajar mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Seorang guru di Sarawak ini telah membuka mata ramai bahawa betapa mulianya usaha mereka ini. Mujalifah Kassim berusia 39 tahun yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya Sarawak ini sanggup pergi dari rumah ke rumah pelajarnya untuk menyemak kerja rumah mereka.

Setiap minggu, beliau akan ke rumah anak muridnya dan menunggu di depan pagar bawah matahari yang terik untuk menanda kerja rumah anak muridnya. “Platform Pengajaran dan Pembelajaran yang beliau gunakan adalah Google Classroom, Google Meet dan juga Whatsapp. Namun kaedah ini mempunyai kekangannya terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai akses ke pada alat elektronik dan juga akses internet”, menurut guru yang juga merupakan ibu kepada dua anak ini dalam satu kenyataan oleh Harian Metro.

Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen
Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen

Terutamanya pada pelajar yang tinggal di luar kawasan Sibu Jaya

Guru ini juga berkata bahawa perkara ini memang berlaku terutamanya pada pelajar yang tinggal di rumah panjang di luar kawasan Sibu Jaya.Mujalifah berkata, beliau mula melakukan ini ketika Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara akan ditutup dari 9 November hingga 18 Disember.

“Inisiatif ini adalah untuk membantu dan menghargai anak murid saya yang kurang bernasib baik daripada rakan sekelas mereka. Saya tidak mahu mereka berasa ketinggalan hanya kerana mereka tidak mempunyai akses kepada sumber-sumber ini. Mudah-mudahan dengan berkunjungnya ke rumah mereka, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk terus belajar walaupun mereka tidak mempunyai sumber yang sempurna yang diperlukan untuk pembelajaran di dalam talian”, tambah guru tersebut.

Mujalifah juga dikenali sebagai Cikgu Muja pada mulanya menjadi viral di sosial media setelah seorang bekas pelajarnya mengikutinya pada hari kejadian dan berkongsi gambar guru tersebut untuk menunjukkan usaha yang dilakukan guru tersebut demi memenuhi keperluan pelajarnya.

Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen

Mengapa pelajar saya membiarkan saya berada di bawah terik matahari

“Saya tidak menyangka akan menerima soalan daripada netizen mengapa pelajar saya membiarkan saya berada di bawah terik matahari. Sebenarnya, saya yang menolak pelawaan keluarga pelajar saya untuk masuk ke rumah, tambahnya.

“Ini kerana sayaingin mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM walaupun kita berada di dalam Zon Hijau,” kata Mujalifah. Lagipun dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menanda tugas anak muridnya.

“Saya percaya bahawa setiap tenaga pengajar di negara ini memiliki rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap anak murid mereka. Cinta inilah yang akan menjadikan kita menjadi pendidik yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak murid kita”.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Line Internet, Guru Bersama Pelajarnya Sanggup Redah Hutan Yang Tebal
Next Article Baru Berusia Enam Tahun, Dah Pandai Surprise Ibu Dengan Emas Guna Duit Simpanan Hari Jadi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?