• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Line Internet, Guru Bersama Pelajarnya Sanggup Redah Hutan Yang Tebal

Oleh
Husna Hazmi
18 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Tiada line Internet di Lubok Antu, Guru sanggup ambil inisiatif meredah hutan bersama pelajar dan ibu bapa mereka.

Demi Line Internet, Guru Bersama Pelajarnya Sanggup Redah Hutan Yang Tebal. Seorang guru baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk memimpin sekumpulan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah dari Kampungnya di Nanga Jambu berdekatan Lubok Antu meredah hutan demi mendapatkan Liputan Internet yang baik untuk menimba ilmu.

Isi Isi Penting
  • Tiada line Internet di Lubok Antu, Guru sanggup ambil inisiatif meredah hutan bersama pelajar dan ibu bapa mereka.
  • Liputan internet merupakan masalah utama
  • Melalui hutan dengan berjalan kaki
  • Terpaksa berjalan selama berjam-jam
  • Akan mengatur perjalanan lain tidak lama lagi
  • Perkampungan pedalaman

Perjalanan sehala dari kampung tersebut ke tempat yang mempunyai akses internet mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit.

Sambau Dugat, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan  Lubok Antu, memaklumkan bahawa beliau nekad untuk membuat perjalanan tersebut pada hari Ahad setelah melihat pelajar dari kampungnya kerap melakukan perjalanan sendiri untuk mendapatkan kemudahan internet.

kredit gambar: facebook @philipdugat92
kredit gambar: facebook @philipdugat92

Liputan internet merupakan masalah utama

“Liputan internet merupakan masalah utama di kawasan dan kampung saya. Tiada kemudahan internet yang baik buat masa ini dan pelajar dari kampung saya sangat memerlukannya untuk membantu mereka dalam pelajaran.

“Itulah sebabnya mereka perlu mencari tempat yang mempunyai liputan internet yang baik. Namun malangnya, bagi pelajar dari kawasan saya, tempat tersebut sangatlah jauh dari rumah,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post pada hari ini.

Sambau berkata sejumlah 14 murid sekolah rendah dan lapan pelajar sekolah menengah telah mengikuti perjalanan itu selepas sembahyang pagi Ahad.

kredit gambar: facebook @philipdugat92
kredit gambar: facebook @philipdugat92

Melalui hutan dengan berjalan kaki

Tambah beliau juga, mereka harus melalui hutan dengan berjalan kaki kira-kira 45 minit dan kemudian mendaki selama satu jam 45 minit ke tempat yang boleh memberikan mereka akses internet yang baik.

“Perjalanan ini bukannya mudah tetapi kami harus melakukannya kerana tiada jalan lain untuk menuju ke destinasi tersebut. Kami harus melalui hutan tebal dan menyeberangi banyak sungai untuk sampai ke sana,” katanya.

Sebilangan besar pelajar yang mengikuti perjalanan tersebut juga ditemani oleh ibu bapa mereka.

kredit gambar: facebook @philipdugat92
kredit gambar: facebook @philipdugat92

Terpaksa berjalan selama berjam-jam

Oleh kerana mereka terpaksa berjalan selama berjam-jam, mereka turut membawa bekalan makanan dan membawa keperluan lain, selain komputer riba dan alat keperluan mereka.

Sambau mengatakan ini adalah kali pertama beliau mengatur perjalanan sebegitu dan beliau merasakan ianya perlu dilakukan terutamanya apabila beliau melihat para pelajar di kampungnya ketinggalan dalam pelajaran.

“Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di negara ini juga tidak mempermudahkan keadaan kami kerana terdapat sekatan dan larangan daripada kerajaan dalam usaha mengekang wabak COVID-19 ini.

kredit gambar: facebook @philipdugat92
kredit gambar: facebook @philipdugat92

Akan mengatur perjalanan lain tidak lama lagi

“Kami tidak dapat melakukan perjalanan jauh dan meninggalkan kampung kami dengan tujuan untuk mendapatkan liputan internet yang baik di kawasan lain,” tambah Sambau.

Apabila ditanya adakah beliau akan mengatur perjalanan lain tidak lama lagi, Sambau mengatakan bahawa beliau tidak pasti kerana ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi mereka semua.

Perjalanan Sambau dengan pelajar dari kampungnya baru-baru ini telah disiarkan di media sosial dan mendapat banyak perhatian daripada netizen.

kredit gambar: facebook @philipdugat92
kredit gambar: facebook @philipdugat92

Perkampungan pedalaman

Nanga Sumpa dan Nanga Jambu adalah perkampungan Iban yang terletak di pedalaman daerah Lubok Antu yang baru sahaja mempunyai jalan raya baru-baru ini.

Sebelum adanya jalan di daerah tersebut, penduduk Nanga Sumpa dan Nanga Jambu harus melakukan perjalanan mereka menggunakan bot ke tempat lain dan bandar terdekat, Lubok Antu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video ‘Midang Midang’ Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020
Next Article Tanda Kerja Rumah Murid Sambil Berpanas, Guru Sarawak ini Sentuh Hati Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?