• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini

Oleh
Ismail NA
15 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Ikan Pari Tersebut Sama Seperti Berat Badan 5 Orang Dewasa

Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini. Lumrah para nelayan sudah tentu punya pasang surut. Sama seperti pasang surut air di lautan.

Namun demikian, hari Khamis yang lalu ternyata merupakan hari yang bertuah buat mereka kerana berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi. Bukan sekadar ikan pari biasa, mereka berjaya menangkap ikan pari gergasi dengan berat menyamai berat badan 5 orang dewasa!

Empat orang nelayan dari Kampung Stunggang, Lundu ini memberitahu sumber bahawa mereka mengambil masa selama satu jam setengah bergelut sebelum berjaya menaikkan ikan pari gergasi sebesar 4 meter tersebut. Ikan pari tersebut ditangkap di kawasan muara Sungai Lundu semasa mereka keluar menangkap ikan.

Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini
Kredit : Taebegos Lenzah

Menurut salah seorang nelayan, Azeri Hipni, mereka pada asalnya memasang pukat di sungai tersebut pada pagi sebelumnya dan mendapati terdapat seekor ikan pari terjerat di pukat tersebut.

Tambahnya lagi, disebabkan saiz serta berat ikan pari tersebut yang mencecah hampir 300 kilogram, mereka bergelut selama satu jam setengah dan sehingga ia akhirnya tewas. Ikan pari tersebut kemudian dibawa ke Jeti Nelayan Lundu.

Nelayan ini turut memberitahu bahawa menangkap ikan pari gergasi adalah perkara biasa. Namun, menangkap ikan pari sebesar itu adalah kali pertama buat keempat-empat nelayan tersebut.

Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini
Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini
Kredit : Facebook Fadi

Walau pun kepenatan setelah menangkap ikan tersebut, namun mereka ternyata begitu gembira dengan hasil tangkapan dan menganggap ia merupakan rezeki yang tidak terduga di bulan Ramadan buat mereka.

Ikan Pari Terbesar Di Dunia Diancam Kepupusan

Untuk pengetahuan anda, ikan pari gergasi spesis Urogymnus polylepis merupakan ikan pari yang terbesar di dunia.

Menurut laman sesawang Evolutionarily Distinct and Globally Endangered (EDGE), spesis ikan pari ini banyak terdapat di perairan Asia Tenggara seperti di Kemboja, India, Kalimantan, Thailand, Laos, Vietnam, Sabah dan Sarawak. Walau pun isinya tidak begitu berkualiti, namun ia masih boleh dijual dan dimakan.

Ikan pari ini juga kebiasaannya ditangkap secara tidak sengaja oleh para nelayan. Spesis ini dikategorikan sebagai spesis haiwan terancam dan termasuk dalam senarai merah International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Baca juga artikel menarik yang lain;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang
Next Article Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi 'Runner' Semasa PKPB Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi ‘Runner’ Semasa PKPB

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?