• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi ‘Runner’ Semasa PKPB

Oleh
ILB - AI
15 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi 'Runner' Semasa PKPB

Asal ada kenderaan sendiri, boleh lah cuba apply!

Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi ‘Runner’ Semasa PKPB. Terkini, seorang pengguna Facebook memuatnaik sebuah status yang mempelawa individu untuk memohon menjadi ‘runner’ Pos Laju Sarawak.

Status tersebut disertakan dengan pautan Google Drive yang akan direct anda ke sebuah aplikasi untuk memohon. Tambahan pula, syarat terbaharu adalah sesiapa yang mempunyai kenderaan sendiri pun boleh memohon.

Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi 'Runner' Semasa PKPB
Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi ‘Runner’ Semasa PKPB

RM190 akan diberi sebagai gaji sekiranya selesai menghantar semua parcel

Menurut Nurul Yassin Johari (original poster) ketika dihubungi, beliau menjelaskan Pos Laju Sarawak kini mencari individu yang sudi menjadi runner untuk syarikat mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sesiapa yang mempunyai kenderaan sendiri, ada lesen memandu yang masih sah dan road tax yang belum mati, anda digalakkan untuk memohon menjadi runner mana-mana cawangan Pos Laju di Sarawak, terutamanya bandar-bandar utama Sarawak seperti Kuching, Bintulu dan Miri,” kata beliau.

Mengenai hal kenderaan, beliau berkata pemilik kenderaan dikehendaki menunjukkan geran kenderaan (grant card), IC, beserta dengan lesen memandu yang masih sah semasa pemohonan.

Pemohon yang menggunakan kereta sewa atau kereta persendirian yang masih dibawah pinjaman sewa beli (hire purchase) juga layak memohon.

Ujarnya lagi mereka yang berjaya dipilih sebagai runner akan dibayar upah berjumlah RM190 sehari. Nilai ini akan diberi setelah runner tersebut berjaya menghantar sebanyak 60 bungkusan kepada penerima dalam satu hari.

Anda perlu membuka pautan daripada telefon bimbit bersistem Android

Pautan yang dikongsikan oleh beliau dalam Facebook akan menghubungkan anda ke sebuah fail APK. Jadi, anda dikehendaki untuk membuka pautan tersebut melalui telefon bimbit dan bukan dari laptop/komputer untuk muat turun fail tersebut.

Menurut beliau lagi, telefon bimbit yang menggunakan sistem Android mesti sistem yang terkini (updated)

Untuk pengetahuan anda, APK (Android Package Kit) adalah sejenis fail aplikasi yang hanya boleh dipasang dalam sistem Android sahaja.

Anda perlu memasang aplikasi tersebut secara manual melalui fail APK yang telah dimuat turun. Anda boleh rujuk ke SINI untuk cara pemasangan APK dalam telefon bimbit anda.

Pos Laju Sarawak Pelawa Individu Ada Kereta Jadi 'Runner' Semasa PKPB
APK merupakan raw file untuk memasang aplikasi. Anda dikehendaki untuk memasang sendiri aplikasi yang dikongsi melalui pautan yang disertakan dalam Google Drive terbabit.

Pelawaan ini hanya untuk sepanjang tempoh PKPB jadi sekiranya PKPB sudah habis tempoh, anda tidak akan terikat kepada Pos Laju Sarawak lagi.

Semoga anda berjaya dan dipermudahkan segala urusan!

Masih menunggu parcel setelah sekian lama? Baca disini bagaimana cek status tracking parcel anda:

Bertimbun di KLIA Hub, Pos Laju dedah sebanyak 600,000 parcel diterima setiap hari. Baca selanjutnya disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tangkap Pari Gergasi 280 Kilo, Rezeki Ramadan Buat Nelayan Di Lundu Ini
Next Article Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari Timbalan Ketua Menteri Sarawak : Tiada Ngabang Atau Berjarah Hari Raya Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?