• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarif Elektrik Di Sarawak Bakal Naik Berikutan Kenaikan SST Ke 8% Mulai Mac Ini

Oleh
Nazihah AN
5 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tarif Elektrik Di Sarawak Bakal Naik Berikutan Kenaikan SST Ke 8% Mulai Mac Ini

Pengguna elektrik yg melebihi 600 kWh/bulan turut terjejas berikutan kenaikan Cukai Perkhidmatan Elektrik

Tarif Elektrik Di Sarawak Bakal Naik Berikutan Kenaikan SST Ke 8% Mulai Mac Ini. Sarawak dijangka bakal dikenakan kadar baru cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus bagi penggunaan elektrik melebihi 600 kilowatt (kWJ) per jam.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Premier Sarawak, mengesahkan bahawa pengumuman ini melibatkan semua negeri di Malaysia, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan bajet 2024 pada bulan Oktober yang lalu.

Jika terdapat pengecualian yang diberikan, Sarawak tidak akan terlibat dengan pembayaran cukai perkhidmatan

Beliau menjelaskan bahawa keputusan ini telah diputuskan untuk seluruh negara, termasuk Sarawak. Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa pihak Sarawak akan menilai implikasi dari segi undang-undang dan jika terdapat pengecualian yang diberikan, Sarawak tidak akan terlibat dengan pembayaran cukai perkhidmatan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan ini sudah ditetapkan di seluruh negara.

Pada 28 Februari lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, mengumumkan bahawa lebih daripada 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 600 kWj elektrik sebulan akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka. Hanya isi rumah domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj elektrik sebulan yang akan terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

Walaupun begitu, keputusan pengecualian bagi bil air dan elektrik dari kenaikan ini masih belum sepenuhnya dimuktamadkan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

MP Puncak Borneo Cadang MOTAC Dan Kerajaan Sarawak Kerjasama Pulih Borneo Highland Resort
Bacaan Paras Air Serian Dan Sungai Salim Kini Berada Tahap Bahaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Yalla Yalla Arabic Cuisine, Restoran Makanan Autentik Arab Di Kuching Yalla Yalla Arabic Cuisine, Restoran Makanan Autentik Arab Di Kuching
Next Article Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?