• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran

Oleh
Farisha
5 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tragedi Kelahiran Tersembunyi: Pelajar IPTA Dibelenggu Rasa Malu

Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran. Seorang pelajar perempuan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun telah cuba menyembunyikan kelahiran bayinya yang lahir luar nikah.

Namun, usahanya gagal apabila dia mengalami pendarahan teruk yang memerlukan rawatan di sebuah klinik kesihatan di daerah Kemaman.

Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran
Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran. Gambar hiasan. Sumber: Malaysiakini

Mendakwa melahirkan bayinya di rumah, namun pegawai perubatan meragui keterangannya

Pada mulanya, pelajar itu mendakwa bahawa dia melahirkan bayi lelaki itu di sebuah rumah di Kemaman pada pukul 2 pagi. Bagaimanapun, pegawai perubatan meragui keterangannya kerana bayi tidak dibawa bersama, lalu melaporkan kes itu kepada polis.

Setelah disoal siasat, pelajar itu mengaku bahawa dia sebenarnya melahirkan bayi tersebut di dalam tandas sebuah rumah di Paka, Dungun sebelum ditemui oleh kakaknya.

Menurut sumber, bayi yang dilahirkan itu telah meninggal dunia dan dibalut dengan kain putih yang diselaputi pasir ketika dibawa ke klinik.

Memberi maklumat palsu kerana takut diketahui oleh ibu bapanya

Pelajar itu mengakui bahawa dia menipu mengenai lokasi kelahiran kerana malu dan takut perkara itu diketahui oleh ibu bapanya yang bekerja sebagai pegawai perubatan. Dia juga mengaku telah hamil anak luar nikah dengan teman lelakinya pada tahun lepas.

Mayat bayi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut, manakala pelajar itu menerima rawatan di wad hospital yang sama.

Polis kini menyiasat kes ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan memberikan maklumat palsu kepada pegawai awam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kisah Seram Wanita Hamil, Kandungan Hilang Selepas Bawa Nenek Tua Naik Motor
Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarif Elektrik Di Sarawak Bakal Naik Berikutan Kenaikan SST Ke 8% Mulai Mac Ini Tarif Elektrik Di Sarawak Bakal Naik Berikutan Kenaikan SST Ke 8% Mulai Mac Ini
Next Article Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?