• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi

Oleh
Aina Musa
19 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi

Dibina dalam masa 3 tahun lagi

Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi. Kerajaan Sarawak akan membina sebuah muzium baharu seperti Muzium Budaya Borneo di Bintulu dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari berkata, ini kerana bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya tersendiri terutama sekali melibatkan arena politik Sarawak.

Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi
Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi. Kredit: Borneo Post

“Kita mahu sebuah muzium serupa dengan Muzium Budaya Borneo dibina di Bintulu kerana bahagian itu yang melahirkan demokrasi pertama di Sarawak, malah Dewan Undangan Negeri (Dun) pertama dan mesyuarat pertama Dun Sarawak juga di sana.

Muzium Budaya Borneo dengan versi lebih kecil

“Justeru, kita berharap muzium yang akan mempamerkan sejarah Bintulu ini dapat disiapkan di dalam tempoh tiga tahun,” katanya ketika berucap sempena perasmian Restoran Muzium Budaya Borneo di sini, malam tadi.

Tambahnya, muzium tersebut akan dibina sebagai versi yang lebih kecil daripada Muzium Budaya Borneo.

Menurutnya, muzium tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk restoran bagi memenuhi keperluan masyarakat tempatan, pengunjung khususnya pekerja asing yang berada di sana.

“Bintulu mempunyai banyak warga asing terutama melibatkan kawasan industri dan mereka ini juga ada yang datang dari Korea, Jepun dan lain-lain.

“Justeru, warga asing ini juga berpotensi untuk membawa orang mereka datang melawat ke bahagian tersebut.

“Jadi dengan konsep ini, pengunjung juga akan menikmati kemudahan yang disediakan dan pada masa yang sama mengetahui sejarah bahagian berkenaan,” ujarnya tanpa mendedahkan kos pembinaan muzium tersebut.

Baca lagi artikel terbaru di sini:

Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand
Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand
Next Article Kongsi Gambar Menakutkan, Lelaki Tak Sangka Terserempak Kelibat Pocong Di Belakang HUS Kongsi Gambar Menakutkan, Lelaki Tak Sangka Terserempak Kelibat Pocong Di Belakang HUS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?