• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel

Oleh
Aina Musa
19 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu 'Lebai Berjubah' Siap Ajak Lepak Bilik Hotel

Dihendap lelaki sama sejak setahun lalu

Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel. Miss Universe Malaysia 2020 iaitu Francisca Luhong James berdepan detik cemas apabila mendakwa dia diganggu seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah hotel di ibu negara pada semalam.

Tidak hanya diekori, Francisca berkata, lelaki yang memakai jubah putih serta berkopiah itu turut mencalit sesuatu pada bahagian lehernya dipercayai minyak yang membuatkan dia ketakutan sebelum menelefon rakan untuk mendapatkan bantuan.

Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu 'Lebai Berjubah' Siap Ajak Lepak Bilik Hotel
Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel. Kredit: Gempak

“Selepas selesai temu janji di spa, saya turun ke lobi hotel untuk menunggu pemandu e-hailing. Sebaik duduk di sofa menunggu, saya bertemu dengan lelaki itu sekali lagi.

Siap calit minyak pada leher

“Lelaki yang sama dengan pakaian yang sama. Paling menakutkan dia meletakkan sesuatu pada lehernya seperti minyak. Saya sangat takut dan terus menghubungi rakan untuk dapatkan bantuan pengawal keselamatan,” katanya.

Francisca berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Francisca mendedahkan lelaki itu adalah individu sama ditemuinya kira-kira setahun lalu di sebuah hotel lain di Kuala Lumpur.

Dedahnya, ketika itu lelaki berkenaan tampil dengan pakaian sama malah berani mendekatinya mengajak keluar minum meskipun ditolak secara baik.

Apa lebih mengejutkan kata Francisca, lelaki itu turut berani mengajaknya untuk berbual di bilik hotelnya membuatkan dia takut dengan individu tersebut.

Ajak lepak dan bersembang di bilik hotel

“Setahun yang lalu, sewaktu saya sedang menunggu rakan sebelum ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), ada seorang lelaki berjubah bertanya sama ada saya seorang diri dan tujuan saya di sana.
“Saya cuba mengelak daripadanya namun dia masih berkeras dan mempelawa untuk minum kopi atau bersembang di bilik hotelnya,” ujarnya.

“Saya cuba mengelak daripadanya namun dia masih berkeras dan mempelawa untuk minum kopi atau bersembang di bilik hotel” katanya.

Kata Francisca, sebelum ini dia tidak sempat membuat aduan berhubung gangguan tersebut kerana bergegas dengan urusan lain namun kali ini tidak akan berdiam diri.

Tambahnya, tindakan memuat naik gambar lelaki tersebut juga bukan tujuan untuk membuka aib, sebaliknya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melalui nasib sama.

“Saya baharu sahaja buat laporan polis untuk keselamatan dan melindungi diri. Sekali lagi saya ingin tegaskan, saya memuat naik gambar lelaki itu bukan mahu membuka aib, tetapi sekadar nak beri kesedaran kepada semua.

“Mungkin orang akan ingat dengan berpakaian jubah seperti itu, dia seorang yang baik. Disebabkan itu saya rasa pihak hotel tidak menghalaunya.

“Saya tidak mahu keluarga dan rakan-rakan saya mengalami perkara yang sama kerana ia sangat menakutkan,” katanya.

Kenali Jeliawatan Sarawak, Francisca Luhong Miss Universe Malaysia 2020:

Dinobat Miss Universe Malaysia 2020, Jelitawan Sarawak Gegarkan Malaysia
Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk
Next Article Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?