• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka

Oleh
Ismail NA
29 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Peluang Untuk Anda Timba Pengalaman Di Institut Kesihatan Umum, KKM.

Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka. Kepada para pencari kerja, ini ada berita baik untuk anda! Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah membuka permohonan untuk jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH). Jawatan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada di Sabah, Sarawak mahu pun Semenanjung.

Untuk makluman anda, Institut Kesihatan Umum akan menjalankan aktiviti pengumpulan data untuk Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020. Ia bertujuan untuk mendapatkan data mengenai status dan pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit berjangkit.

Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka
Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka

Oleh yang demikian, mereka yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi tujuan tersebut. Maklumat lanjut jawatan adalah seperti berikut;

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH) Q41

Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda (minimum)

Gaji : RM 100/hari

Tempoh bertugas :

  • 2 Ogos – 4 Oktober 2020 (Borneo) – keutamaan akan diberikan kepada calon Sabah dan Sarawak
  • 7 Ogos – 8 Oktober 2020 (Semenanjung)

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree). Bidang keutamaan adalah seperti berikut;

  • Mikrobiologi
  • Biologi/Kaji Hayat
  • Bioteknologi
  • Teknologi Makmal Perubatan
  • Sains Bioperubatan

Syarat-Syarat Pemilihan Calon :

1. Mempunyai minat atau berpengalaman bekerja di dalam makmal.

2. Berminat dan boleh bekerja di lapangan untuk pengurusan biospesimen (pengambilan, penstoran, dan penghantaran) dengan memastikan kualiti biospesimen sentiasa berada pada tahap yang optimum sehingga tiba di makmal analisa.

3. Boleh berkomunikasi dengan baik.

4. Boleh bekerja dalam satu pasukan.

5. Rajin dan berdedikasi.

6. Badan sihat dan tiada masalah kesihatan.

Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka
Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) KKM Di Sabah Dan Sarawak Kini Dibuka

Jika anda berminat dan memenuhi kriteria di atas, e-melkan CV anda ke alamat [email protected]

Tarikh tutup jawatan ini ialah pada 30 Jun 2020. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Semoga berjaya!

Sistem kesihatan Malaysia dipuji antara yang terbaik di dunia. Baca artikel berkaitan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Turut Laksana Bilangan Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Sarawak Turut Laksana Bilangan Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan
Next Article Rabies Kembali Lagi, Anjing Yang Gigit Budak Lelaki Disahkan Positif Rabies Kembali Lagi, Anjing Yang Gigit Budak Lelaki Disahkan Positif

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?