• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Muda Sarawak, Taylor Louise Raih Kejayaan Di Asia Students Arts Festival 2025

Oleh
Farisha
14 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Dari Sarawak ke London: Perjalanan Gemilang Taylor Louise Bermula di ASFA 2025

Anak Muda Sarawak, Taylor Louise Raih Kejayaan Di Asia Students Arts Festival 2025. Taylor Louise, bakat muda dari Sarawak, berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara Pusingan Antarabangsa di Asia Students Arts Festival (ASFA) 2025 baru-baru ini. Namun, apa yang lebih menyentuh hati ialah kemenangan ini didedikasikan kepada ibunya sebagai hadiah hari lahir.

Dalam satu hantaran di Instagram, Taylor meluahkan rasa terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, jurulatih, dan para pengikutnya atas sokongan padu mereka.

Anak Muda Sarawak, Taylor Louise Raih Kejayaan Di Asia Students Arts Festival 2025
Anak Muda Sarawak, Taylor Louise Raih Kejayaan Di Asia Students Arts Festival 2025. Sumber foto: Instagram

“Mama, ini hadiah hari lahir saya untuk Mama! Papa, terima kasih kerana menjahitkan baju cantik ini untuk saya. Saya sayang Papa, Mama, dan Jie Jie (kakak) saya sangat-sangat! Coach Sabrina, kemenangan ini untuk anda! Besties Chien dan JayC, saya berjaya!” tulisnya penuh semangat, menurut laporan media tempatan.

Taylor juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya yang setia.

“Tanpa anda semua, pengikut yang hebat, saya tak akan ada keberanian dan kekuatan untuk melakukannya,” tambahnya.

Mewakili Sarawak dan Malaysia, Taylor kini bersedia untuk membuat persembahan di Royal College of Music di London sempena Winner Showcase pada Ogos akan datang.

“Terima kasih atas semua sokongan anda – ini bermakna dunia bagi saya. Tahniah juga kepada semua pemenang malam itu dan jumpa anda di London. Cubit saya, tolong! Saya masih tak percaya ini benar,” tulisnya, jelas teruja.

Kejayaan Taylor disempurnakan dengan persembahannya yang memukau menerusi lagu ‘Easy On Me’ oleh penyanyi terkenal Adele. Persembahan tersebut juga dimuat naik di akaun Instagram miliknya, mengundang pelbagai pujian dari peminat.

Tentang ASFA

Asia Students Arts Festival (ASFA) adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh First Education Group. Festival ini menjadi platform untuk pelajar seni persembahan dari pelbagai negara Asia seperti Hong Kong, Macau, Thailand, China, Taiwan, Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Australia untuk berkongsi muzik dan tarian klasik, moden, Timur, serta Barat.

Ia membuka peluang untuk pelajar seni Asia menunjukkan bakat mereka dan melibatkan diri dalam pertukaran budaya. Untuk Taylor, ini hanya permulaan. Semoga lebih banyak kejayaan menanti di masa hadapan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan anak-anak Sarawak:

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan
Anak Sarawak Ini Berjaya Peroleh Tawaran Ijazah Sarjana Muda Di Amerika Syarikat
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ruang Menunggu Lebih Besar, Terminal Feri Labuan Bakal Dinaik Taraf Ruang Menunggu Lebih Besar, Terminal Feri Labuan Bakal Dinaik Taraf
Next Article Batik Air Lancar Dua Penerbangan Harian Bagi Laluan Miri-Kuala Lumpur

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?