• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025

Oleh
Ismail NA
8 Disember 2025
Kongsi
5 Min Bacaan

Sebanyak 7 kumpulan berentap dalam cabaran beli-belah anjuran bersama Tourism Malaysia dan CatsFM

Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025. Jika anda berada di sekitar Kuching Sabtu lepas, mungkin anda perasan kelibat beberapa kumpulan yang berlari-lari anak sambil memegang beg membeli-belah dengan penuh semangat. Bukan, itu bukan jualan gudang runtuh, tetapi itu adalah kemeriahan acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025!

Memasuki edisi kedua penganjurannya, acara ini bukan sekadar perlumbaan membeli barang semata-mata. Ia adalah satu inisiatif strategik dan menyeronokkan untuk mempromosikan Malaysia sebagai syurga membeli-belah, sambil mengangkat seni, budaya, dan makanan enak di Sarawak, Bumi Kenyalang.

Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025
Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025

Dalam masa yang sama, acara ini juga adalah teaser awal selaras dengan persiapan Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2026 nanti.

Cabaran RM300 dan Strategi ‘Jimat Cermat’

Tahun ini, sebanyak 7 kumpulan telah berentap untuk cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt ini. Setiap kumpulan terdiri daripada gabungan unik 3 orang ahli iaitu seorang penyampai radio CatsFM, seorang pempengaruh tempatan, dan seorang pendengar setia radio.

Tapi, cabarannya bukan calang-calang. Setiap kumpulan hanya dibekalkan wang tunai sebanyak RM300.00.

Cabarannya adalah peserta perlu bijak berbelanja. Jika baki perbelanjaan mereka melebihi 50% daripada wang yang diberi (bermaksud mereka sangat jimat), mereka akan mendapat markah bonus sebanyak 20 markah. Sebaliknya, jika baki kurang dari 50%, markah tidak terjejas, tetapi peluang untuk menang mungkin sedikit kurang berbanding kumpulan yang mendapat markah bonus.

Ini bermakna peserta perlu memerah otak untuk menyelesaikan tugasan shopping dengan harga paling berbaloi.

Perlumbaan Bermula Dari CatsFM ke Sarawak Arts Council

Acara bermula seawal jam 9.00 pagi di CatsFM sebagai checkpoint permulaan. Dari situ, kesemua peserta bergegas ke Sarawak Arts Council untuk tugasan seterusnya.

Apa yang menarik, selepas checkpoint wajib ini, peserta bebas mengatur strategi ke mana-mana checkpoint pilihan mereka untuk menyelesaikan misi.

Namun, tugasan paling menyentuh hati adalah di checkpoint terakhir. Sebelum kembali ke konti CatsFM, peserta dikehendaki memberikan hadiah kepada orang awam. Satu gesture yang murni dan mendekatkan lagi jenama pelancongan dengan komuniti tempatan.

Turut memeriahkan suasana adalah kemunculan maskot comel, Manja dan Wira yang menjadi tumpuan ramai.

Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025

Team Pan Borneo Merangkul Gelaran Juara

Selepas berhempas-pulas mengatur bajet dan masa, gelaran juara Miss Shophia Shopping Hunt 2025 akhirnya menjadi milik kumpulan Pan Borneo.

Dianggotai oleh penyampai radio Ardin Belarek, pempengaruh lokal Tracy Hughes, dan seorang pendengar bertuah, strategi mereka ternyata membuahkan hasil lumayan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang dan hadiah istimewa yang mereka bawa pulang:

🏆 JUARA: Team Pan Borneo (Ardin, Tracy & Pendengar)

  • Wang Tunai: RM1,500.00
  • Hamper tajaan Starbucks
  • Tiket masuk ke Borneo Empurau Farm & Resort
  • Untuk Pendengar: Tiket penerbangan Batik Air (KL-Kuching-KL) untuk 2 orang
  • Untuk Influencer: Penginapan 2 Hari 1 Malam di The Waterfront Hotel

🥈 NAIB JUARA: Team Sharifah Elya

  • Wang Tunai: RM600.00
  • Barangan eksklusif Malaysia Airlines
  • Tiket masuk ke Borneo Empurau Farm & Resort
  • Untuk Influencer: Percutian 2 Hari 1 Malam di Mercure Hotel Miri
  • Untuk Pendengar: Penginapan 3 Hari 2 Malam di Rainforest Lounge, Mulu National Park

🥉 TEMPAT KETIGA: Team CatsFM Miya Manja

  • Wang Tunai: RM600.00
  • Tiket masuk ke Borneo Empurau Farm & Resort
  • Untuk Pendengar: Hi-Tea untuk 2 orang di Majestet Hotel
  • Untuk Influencer: Tiket Cruise untuk 2 orang

Kumpulan-kumpulan lain turut membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM600 setiap kumpulan. Tahniah!

Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025
Pemenang utama, pasukan Pan Borneo yang dianggotai oleh DJ Ardin, Tracy dan seorang pendengar bertuah CatsFM
Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025
Team Pan Borneo ‘Hack’ Bajet dan Bolot Juara Cabaran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2025

Miss Shophia Shopping Hunt 2025 adalah platform untuk membuktikan bahawa Sarawak sarat dengan kepelbagaian, bahkan juga tempat untuk pelancong shopping moden, mengenali kraf tangan seni yang halus.

Baca juga:

Beruang Matahari Jadi Maskot Visit Malaysia Tahun 2026
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kempen Krismas Pullman Kuching 2025 Diserikan Dengan Lobi Baharu Berkonsepkan ‘Ruang Tamu’
Next Article Begini Wajah Laman Web Baru AirBorneo, Harga Tambang Bermula Bawah RM100

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?