• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penebusan eMADANI, Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada

Oleh
Farisha
6 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Cara menggunakan kredit RM100 eMADANI dengan bijak

Penebusan eMADANI, Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada. Pendaftaran untuk kredit RM100 dalam program eMADANI, sebuah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah ‘Ekonomi MADANI’, boleh dilakukan mulai 4 Desember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Memetik sumber, program ini bertujuan untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat.

Dengan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia yang dijangka mendapat manfaat, kredit eMADANI ini boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui penyedia e-dompet yang terpilih.

Penebusan eMADANI, Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada
Penebusan eMADANI, Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada. Gambar hiasan. Sumber: majoriti

1. Laman pautan yang mencurigakan

Empat dompet digital yang terlibat adalah MAE, Setel, ShopeePay, dan Touch n Go eWallet. Namun, orang ramai harus berhati-hati dengan pautan mencurigakan yang berkaitan dengan program ini, terutama di WhatsApp atau pesanan teks untuk menghindari penipuan, terutamanya bagi mereka yang kurang mahir dalam teknologi maklumat.

2. Tidak boleh ditukar tunai

Kredit RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembayaran fizikal melalui kod QR di peniaga yang berpartisipasi. Ia tidak boleh ditukar menjadi tunai atau digunakan untuk transaksi tertentu seperti pemindahan rakan ke rakan, penebusan tunai, pembayaran bil utiliti, yuran kerajaan, bil telekomunikasi, pembelian permainan, pembayaran parkir atau tol, dan aktiviti pelaburan yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.

3. Akaun akan disekat sekiranya berlaku aktiviti yang mencurigakan

Kementerian Kewangan Malaysia mengambil langkah tegas terhadap aktiviti mencurigakan, termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI. Mereka juga mengingatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap tawaran penebusan tunai atau pemindahan P2P di media sosial, dan menyatakan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan kredit akibat aktiviti tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan
Bantuan E-Wallet RM100 Bakal Dikreditkan Bermula Disember Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Setuju Cadangan Beri Pengecualian Visa 30 Hari Buat Pelancong Luar Sarawak Setuju Cadangan Beri Pengecualian Visa 30 Hari Buat Pelancong Luar
Next Article Kenali Wesley Hilton, Pramugara Yang Pernah Tular Buat Patung Barbie Versi Borneo Kenali Wesley Hilton, Pramugara Yang Pernah Tular Buat Patung Barbie Versi Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?