Inilah platform terbaik untuk anda melancarkan karier inovasi digital dan keusahawanan anda!
TEGAS Tech Immersion 2023 Kini Dibuka, Program ‘Intern’ 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak. Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menerusi TEGAS Digital Village (TDV) dan Hub Inovasi Digitaln pada tahun ini melancarkan kerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) bagi menjayakan Program TEGAS Tech Immersion (TTIP) bagi tahun 2023.
Seperti mana edisi sebelum ini, program TTIP ini memberi peluang kepada graduan baharu serta belia mencari pekerjaan untuk memperkasakan pengalaman mereka dalam bidang inovasi digital dan ekosistem keusahawanan. Bukan itu sahaja, program ini juga bakal membuka peluang untuk mereka merintis jalan memasuki alam pekerjaan.
![TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-26-at-03.17.03-1024x1024.jpeg)
Selaras dengan Strategi Pembangunan Sarawak Pasca COVID-19, program TEGAS Tech Immersion ini direka khas bagi memberi peluang pengalaman bekerja di alam pekerjaan sebenar terutamanya kepada bakat teknologi tempatan. Menerusi program ini juga, mereka boleh mengasah set kemahiran sedia ada selain mengembangkan daya berfikir, cara pemikiran serta pengalaman menerusi projek dunia sebenar dengan bimbingan mentor dan latihan.
Ujar Pengerusi TEGAS, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Haji Len Talif Salleh, program ini menyediakan pengalaman skil teknologi yang menghubungkan bakat teknologi tempatan dengan peluang pekerjaan baharu. Beliau juga turut berterima kasih kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan seluruh rakan ekosistem TEGAS atas sokongan padu yang diberikan untuk program residensi yang seumpamanya di Sarawak ini.
Maklum balas positif daripada alumni program TTIP 2022
Chester Lagan Parag, alumni program TTIP yang pertama pada tahun 2022 berpendapat bahawa program ini sememangnya mendedahkan beliau kepada pengalaman dunia teknologi sebenar terutamanya dalam persekitaran pekerjaan. Menerusi penempatannya dalam program TTIP, Chester diberi kepercayaan sebagai sebahagian daripada pasukan IT yang mengendalikan laman web rasmi hackathon nasional Malaysia, MYHackathon 2022 anjuran Cradle Fund Sdn Bhd di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Program ini bukan sahaja membantu saya memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan, tetapi ia juga memberi saya peluang untuk dibimbing dan merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada salah satu syarikat pemula yang bertapak di TEGAS Digital Village iaitu Borneo Digital. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sangat berharga dalam membantu saya mengemudi bakat dan kemahiran yang saya miliki dalam industri. Terima kasih TEGAS atas peluang hebat ini!”
Chester Lagan Parag, alumni program TTIP 2022
![TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/01/IMG_20230126_185437_019-1-768x1024.jpg)
![TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/01/6fb21961-1f7c-4a3e-ae52-6566f1755711.jpg)
Bermula dari program rintis, TTIP kini diteruskan untuk edisi 2023 dengan kerjasama YPPB
Pada tahun 2022, TTIP diperkenalkan sebagai program perintis dan telah berjaya melatih seramai 8 orang bakat teknologi tempatan sehingga mereka berjaya menempatkan diri dalam industri teknologi. Pada tahun ini, YPPB menjadi rakan strategik pertama TEGAS untuk program TTIP ini.
YPPB merupakan sebuah agensi yang telah diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi menerusi pendidikan akademik, latihan dan bimbingan teknikal dan vokasional, profesional, teknologi dan program pembiayaan pengiktirafan pakar. Sehingga kini, YPPB telah melatih sebanyak 46,000 bakat di seluruh negara menerusi 370 buah program pembiayaan, sekaligus memenuhi permintaan pasaran industri dengan membekalkan tenaga kerja yang berkualiti.
Apa yang anda perlu tahu tentang TTIP ini?
Program TTIP ini akan berjalan selama 6 bulan, bermula dari bulan Mac 2023 sehingga September 2023 dengan kolaborasi bersama rakan ekosistem TEGAS dan syarikat pemula yang juga merupakan alumni program TEGAS. Antaranya adalah PETRONAS Digital, Moredoor, ERM Planet, FutureLab, Kloena Digital, UAS Mapping, Borneo Digital, Timogah, Satok Bridge Digital dan banyak lagi.
Sepanjang program ini, para peserta akan didedahkan dengan peluang untuk mengendalikan projek seperti memperbaiki sistem antar muka (UI) dan sistem pengalaman pengguna (UX) laman web, pembangunan strategi pemasaran dan kempen digital, serta mereka bentuk dan membina produk baharu.
![TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/01/image-326-1024x572.png)
Para peserta juga akan berpeluang untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja syarikat pemula ditempatkan oleh TTIP kepada mereka mengaplikasi kemahiran yang mereka ada dalam syarikat. Dengan pengalaman ini, pastinya ia adalah sesuatu yang berharga dan menjadi nilai tambah bagi mengukuhkan portfolio pekerjaan mereka.
Jawatan yang ditawarkan untuk peserta TTIP dan manfaat
Antara jawatan yang tersedia untuk program TTIP ini adalah seperti;
👉🏻 Pembangun permainan (junior)
👉🏻 Pembangun web (junior)
👉🏻 Pembangun mobile (junior)
👉🏻 Pembangun backend (junior)
👉🏻 Pemasaran digital (junior)
👉🏻 Perancangan perniagaan (junior)
Setiap peserta yang terpilih akan menerima manfaat, antaranya seperti;
✅ Elaun bulanan sebanyak RM 1,500 selama 6 bulan
✅ Akses ke TEGAS Digital Village dan Hub Inovasi Digital di Kuching, Bintulu dan Miri
Syarat-syarat penyertaan
Program ini dibuka kepada Bumiputera Sarawak yang tidak bekerja atau graduan baharu dengan purata gred PNGK/CGPA 2.5 dan ke atas. Peserta juga dikehendaki perlu memberikan komitmen sepenuhnya dalam program ini selama 6 bulan dan memiliki minat yang mendalam dalam bidang inovasi digital dan keusahawanan.
Seramai 20 peserta sahaja bakal dipilih untuk program TTIP untuk tahun 2023. Individu yang layak boleh mendaftar segera dengan menekan butang berikut;