I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan

Oleh Husna Hazmi
3 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak jadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia

Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan. Dilaporkan bahawa, pembangunan berkembang khususnya dari segi penerapan teknologi baharu seperti Hidrogen dan Solar di sini telah membuatkan Sarawak dipandang Tinggi diperingkat persekutuan, kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Menteri Malaysia, inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Sarawak perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan
Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan

Kestabilan politik di Sarawak

Beliau menjelaskan bahawa faktor kestabilan politik antara yang menyumbang kepada kemajuan pembangunan di Sarawak, selain memiliki pemimpin (Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang mempunyai tekad politik tinggi yang sentiasa memacu dan memperkasakan pembangunan Sarawak.

Oleh itu, sebagai teman lama katanya, beliau wajib membantu Premier Sarawak untuk terus memacu perubahan kemajuan pembangunan di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan
Kredit gambar: Facebook Zahid Hamidi

Ucapan pada majlis perasmian KUD

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD), di Halaman Samarahan, pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengumumkan peruntukan lebih RM200 juta tahun ini bagi memastikan perancangan dan strategi bersepadu seperti latihan, sokongan dana dan penyediaan infrastruktur yang kondusif bagi perkembangan usahawan desa dapat disediakan.

Seterusnya beliau juga sempat mengunjungi gerai-gerai di sekitar mini KUD Kota Samarahan yang turut disertai Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Industri Kreatif Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, hari ini.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Lelaki Sabah Ini Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan Sebagai Cara Desak JKR
Tragedi Hitam Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak
SUMBER :Bilik Berita Cats
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Hitam Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak
Next Article METMalaysia Keluarkan Amaran, Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Sarawak Hingga Isnin

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?