I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Telan Kos RM90 Juta, Serian Convention Centre Kini Siap Sepenuhnya Sedia Untuk Diguna

Oleh Nazihah AN
20 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Telan Kos RM90 Juta, Serian Convention Centre Kini Siap Sepenuhnya Sedia Untuk Diguna

Satu lagi kemudahan konvensyen moden telah siap dibina di Serian 

Telan Kos RM90 Juta, Serian Convention Centre Kini Siap Sepenuhnya Sedia Untuk Diguna. Serian Convention Centre telah siap sepenuhnya dan siap untuk mengadakan berbagai acara, menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Aidel Lariwoo.

Beliau mengumumkan bahawa pusat persidangan yang telah disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyambut majlis penutupan Gawai Dayak pada Sabtu ini.

Telan Kos RM90 Juta, Serian Convention Centre Kini Siap Sepenuhnya Sedia Untuk Diguna

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan pusat persidangan itu pada 15 Julai nanti.

“Serian adalah bahagian pentadbiran pertama di luar Kuching yang mempunyai pusat persidangan seperti itu. Bahagian yang lain masih belum mempunyai kemudahan tersebut”, katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke beberapa projek infrastruktur di bahagian Serian hari ini.

Dipetik dari Utusan Borneo, lebih lanjut Aidel berkata projek yang menelan belanja RM90 juta itu mampu menampung lebih dari 1,000 tetamu pada satu-satu masa untuk acara dan majlis.

Telan Kos RM90 Juta, Serian Convention Centre Kini Siap Sepenuhnya Sedia Untuk Diguna
Kredit: FB Selamat Jati Yanjah

Dijangka akan menjadi destinasi pilihan bagi pelbagai jenis acara, termasuk persidangan korporat, seminar, majlis perkahwinan, pertunjukan seni dan banyak lagi.

“Projek tersebut dibiayai oleh kerajaan negeri dan ditender dengan harga RM87 juta. Namun, dengan kos lain seperti yuran perunding, pengambilan tanah, dan sebagainya, kosnya meningkat kepada RM90 juta,” katanya.

Semasa melawat tapak itu, Aidel dan ahli rombongan lain memuji kualiti sistem akustik di dalam dewan, yang merupakan aspek penting bagi sebuah pusat persidangan.

Menurut laporan media sebelum ini, projek itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 5 April 2016 bersama dengan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Serian bernilai RM200 juta.

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca:

[VIDEO] ‘Kecik-Kecik Dah Tunjuk Samseng’, Tular Pelajar Sekolah Bertumbuk Di Kota Samarahan
Selamba Teguk 2 Botol Arak Sekaligus Di Kedai Kopi, Pertunjukan Lelaki Ini Buat Netizen Teruja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Intern Bukan Buruh Percuma, Bayaran Harus Bermaruah’, Gadis IPT Tegas Tuntut Elaun Setimpal
Next Article Dijual RM100 Sekilo, Ramai Tak Puas Hati Buah Dabai Dijual Pada Harga 'Kayangan' Dijual RM100 Sekilo, Ramai Tak Puas Hati Buah Dabai Dijual Pada Harga ‘Kayangan’

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?