Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama dengan anak anak
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah. Cuti sekolah yang panjang adalah masa yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan ini untuk merapatkan lagi hubungan dan bonding dengan anak-anak, betul tak?
Jika anda sedang mencari tempat tempat untuk membawa anak anda berjalan jalan semasa cuti sekolah, dalam artikel ini, kami senaraikan 6 tempat menarik di Kuching – Serian yang anda perlu lawati semasa cuti sekolah.

1. VH Green Nature Park
Jika anda penggemar nature, anda boleh membawa anak anak anda ke VH Green Nature Park yang terletak di Jalan FAC, Matang ini. VH Green Nature Park ini merupakan sebuah taman luar yang memberikan pengalaman landskap serta flora dan fauna yang unik buat pengunjung.
Destinasi ini juga sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang hidupan alam semula jadi seperti haiwan-haiwan darat dan laut, burung sekaligus menjadi taman permainan semulajadi yang selamat dan menyeronokkan.


VH Green Nature Park mengutamakan pembelajaran sebagai tarikan utama pelawat dan menjadikannya sesuai untuk anda membawa anak anak anda mempelajari sesuatu semasa cuti sekolah. Banyak aktiviti aktiviti menarik yang anak anak anda boleh sertai di sini, dan mereka juga boleh belajar cara untuk menunggang kuda kecil dengan bayaran RM 10 sahaja!

Sempena cuti sekolah kali ini, VH Green Nature dibuka selama 7 hari seminggu, 9 pagi hingga 4.30 petang. Harga tiket masuk ke VH Nature Park adalah seperti di bawah :

Anda digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian di laman sesawang ticket2u.com bagi mendapatkan harga diskaun.
Alamat: Lot 1275, Block 6, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak (Jalan FAC)
Waktu operasi: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti sekolah buka sepanjang minggu termasuk Sabtu Ahad) | 9 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: VH Green Nature Park Official
2. KLB Garden Serian
Jika anda ingin berjalan jalan ke Serian dan kawasan sekitarnya pula, anda boleh ke KLB Garden ini. Terletak di Jalan Tebedu-Serian, KLB Garden merupakan sebuah zoo mini, ladang agro dan juga kaya dengan flora dan fauna.




Ada pelbagai juga aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antaranya adalah :
- Melawat ladang arnab, rusa, kambing, dan burung-burung
- Animal feeding
- Berbasikal
- Menaiki paddle bot di tasik.
Harga tiket KLB Garden adalah seperti di bawah :

Alamat: Lot 85, Kayan Land District, Jln Pangkalan Amo, Tebedu, 94760 Serian, Sarawak
Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: KLB Garden
3. PetroSains PlaySmart
Petrosains PlaySmart™ yang terletak di Dewan Suarah Sarawak ini pula adalah sebuah destinasi untuk memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya bagi memupuk minat mereka dalam bidang sains dan teknologi.
Antaranya ialah pameran interaktif termasuklah pameran simulator kereta lumba F1, Bintik Merah Besar Musytari, dan Mindball iaitu pameran interaktif yang menguji kebolehan seseorang untuk fokus.


Ini termasuk pertunjukan sains dan bengkel yang menarik seperti Bubble Show, di mana pelawat boleh belajar tentang sains buih dan sifat uniknya yang berkaitan dengan bentuk, bentuk dan warna; Combustion Show, yang terdiri daripada satu set eksperimen untuk mempamerkan tindak balas kimia dan cara ia mempengaruhi kehidupan harian; dan Visual Artificial Intelligence Solution, yang akan mempamerkan cara kamera mengesan orang dan mengkategorikan umur dan jantina mereka.



Paling best, kemasukan ke sini adalah percuma sahaja! Jadi jangan sia-siakan peluang ini.
Alamat: Kompleks Dewan Suarah Negeri Sarawak, Ground Floor Block Mph State Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin | 9 pagi hingga 5 petang (Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 ptg)
Facebook: Petrosains Playsmart
4. Jong’s Crocodile Farm
Sekiranya anda pergi ke Serian dan tidak pernah pergi ke sini, anda harus cuba memberi tempat ini peluang!
Salah satu crocodile farm terkenal di Sarawak, ia bukan sahaja tempat konservasi untuk buaya malah untuk haiwan-haiwan lain seperti burung eksotik, kucing liar kecil, ikan rare, rusa dan lain-lain lagi. Anda boleh mempelajari serba sedikit mengenai haiwan-haiwan Sarawak di sini dengan membaca informasi yang tercetak di papan berhampiran kandang.


Sekiranya anda berkunjung ke sini dekat-dekat pukul 11am atau 3pm, anda boleh stay sebentar untuk melihat sesi memberi makanan (crocodile feeding time) masing-masing pada pukul 11am dan 3pm, iaitu salah satu main event tempat ini.


Harga tiket masuk ke Jong’s Crocodile Farm adalah seperti berikut:

Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: Jong’s Crocodile Farm & Zoo Sdn Bhd
5. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Rizab ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku.
Untuk melihat orang utan ini, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Malah, yuran masuk yang dikenakan untuk masuk ke rizab ini hanyalah RM 2 untuk kanak-kanak dan RM 5 untuk dewasa. Murah sangat kan?



Harga tiket untuk kemasukan ke pusat hidupan liar Semenggoh adalah seperti berikut:

Alamat: KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Siburan, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari termasuk Cuti Umum | 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Rehat 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
Facebook: Semenggoh Wildlife Centre
6. Stampark Place
Dah selesai pergi ke taman haiwan dan rekreasi indoor, apa kata anda bawa juga anak-anak anda ke pusat rekreasi kolam renang di Stampark.
Untuk pengetahuan anda, Pandelela Rinong selalu berlatih di sini sewaktu beliau kecil sebelum berjaya mewakili Sarawak seawal usia 7 tahun dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.


Harga tiket masuk untuk ke Stampark Place adalah seperti berikut:
Dewasa
Kanak-Kanak
Berusia 2 tahun ke atas
Kanak-kanak
Berusia 2 tahun ke bawah
Alamat: Jalan Stutong, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, 93350 Kuching
Waktu operasi: Setiap hari | 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: Stampark Place
Sudahkah anda merancang aktiviti cuti sekolah bersama anak anak anda? Jika belum, mungkin 6 tempat di atas boleh anda pertimbangkan.