• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tempoh Sah Akaun Kredit AirAsia Kini Dilanjutkan Kepada 3 Tahun

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Tempoh Sah Akaun Kredit AirAsia Kini Dilanjutkan Kepada 3 Tahun

Ya, kini tempoh sah kredit AirAsia anda telah dipanjangkan!

Tempoh Sah Akaun Kredit AirAsia Kini Dilanjutkan Kepada 3 Tahun. AirAsia telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit kepada tiga tahun (36 bulan) dari tarikh kredit untuk semua tetamunya yang mempunyai akaun kredit sah yang dikreditkan sebelum 30 Jun 2021. Untuk kemudahan para tetamu, semua Akaun Kredit yang dikreditkan sebelum tarikh 30 Jun kini telah dilanjutkan secara automatik.

Tempoh lanjut ini hanya sah untuk tempahan dalam talian yang dibuat melalui airasia.com atau airasia Super App. Untuk tempahan berkumpulan atau yang dibuat melalui ejen pelancongan, para tetamu boleh merujuk kepada ejen tempahan masing-masing untuk maklumat selanjutnya.

Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan airasia Group Adam Geneave berkata: “Kami sentiasa mengutamakan keperluan para tetamu kami dan memahami bahawa rancangan perjalanan mereka mungkin telah berubah mengikut keadaan semasa. Oleh itu, kami berbesar hati untuk melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit hingga tiga tahun di samping menawarkan fleksibiliti kepada mereka untuk membuat tempahan masa hadapan pada bila-bila masa, untuk mana-mana destinasi dan penerbangan pilihan mereka yang dikendalikan oleh AirAsia termasuklah pada waktu puncak.

Akaun Kredit ini juga boleh digunakan untuk membayar elaun bagasi, pemilihan tempat duduk, tempahan hidangan dalam penerbangan, insurans, cukai dan fi kerajaan serta perkhidmatan pilihan lain. Selain itu, Akaun Kredit ini juga tidak terhad kepada tetamu yang membuat tempahan asal dan boleh digunakan untuk membayar penerbangan tetamu lain. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu kami yang telah memilih Akaun Kredit ini yang menawarkan lebih fleksibiliti untuk perjalanan masa depan mereka dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan para tetamu kami apabila sekatan perjalanan dibuka.”

AirAsia juga ingin menasihatkan para tetamu yang bakal membuat perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa. AirAsia berbangga kerana telah dinilai pada tahap tertinggi oleh laman web Airlineratings.com untuk prosedur COVID-19 yang dinyatakan di laman web, pematuhan pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala dan lain-lain.

AirAsia akan terus memantau keadaan semasa dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Untuk maklumat lanjut, layari support.airasia.com.

Baca juga artikel lain berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasukan Boca Junior Ditahan Kerana Bertengkar Dengan Polis Setelah Tersingkir Dari Copa Libertadores
Next Article Sarawak Catat Kes VOC Delta Tertinggi Di Malaysia Dari 12 Julai Sehingga 22 Julai 2021 Sarawak Catat Kes VOC Delta Tertinggi Di Malaysia Dari 12 Julai Sehingga 22 Julai 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?