• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terbabas Tapi Tenang, Netizen Puji Reaksi Orang Sabah Selepas Kemalangan Tular

Oleh
Farisha
21 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Relax saja bah! Video kemalangan melibatkan 3 kereta di Sabah tarik perhatian ramai

Terbabas Tapi Tenang, Netizen Puji Reaksi Orang Sabah Selepas Kemalangan Tular. Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini memaparkan situasi kemalangan jalan raya di Sabah yang mencuit hati netizen. Dalam hantaran di Facebook, kelihatan lebih daripada tiga buah kereta terlibat dalam kemalangan di tepi sebuah warung makan.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah suasana tenang dan santai yang ditunjukkan oleh individu-individu terlibat.

Terbabas Tapi Tenang, Netizen Puji Reaksi Orang Sabah Selepas Kemalangan Tular
Terbabas Tapi Tenang, Netizen Puji Reaksi Orang Sabah Selepas Kemalangan Tular. Sumber foto: Sabah Info

Dalam video tersebut, individu yang merakam kejadian sempat bertanya kepada seorang pemandu, dipercayai menjadi punca kemalangan itu, “Tertidur kah bro?” .Tanpa berselindung, pemandu itu hanya mengangguk kepala sebagai tanda pengakuan.

Netizen Terhibur Dengan Sikap Tenang Orang Sabah

Reaksi santai individu itu menjadi bahan bualan ramai di ruangan komen, segelintir netizen memuji sikap “relax” masyarakat Sabah walaupun berdepan insiden yang boleh dikatakan mencemaskan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

  • “Relax saja kan orang Sabah bila kejadian kemalangan begini. Yang penting syukur tiada kehilangan nyawa.”
  • “Kalau di Semenanjung dah kena rata ni. OKU pun diorang belasah.“
  • “Nasib baik tak terbabas langgar warung tepi jalan. Bahaya juga kalau jadi.”
  • “Terlampau penat kali tu. Semoga semua baik-baik saja.”

Walaupun keadaan kereta-kereta yang terlibat kelihatan agak teruk, netizen tetap bersyukur kerana tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Penat & Fokus: Cabaran di Jalan Raya

Insiden ini menjadi peringatan kepada semua pemandu untuk memastikan mereka cukup rehat sebelum memandu, terutama di jalan raya yang panjang dan memenatkan.

Mengantuk adalah antara punca utama kemalangan jalan raya, dan kejadian ini membuktikan betapa pentingnya keselamatan dan kewaspadaan ketika memandu.

Semangat Sabah, Tenang Selalu

Video ini sekali lagi membuktikan bagaimana masyarakat Sabah terkenal dengan sikap santai dan tenang mereka walaupun dalam situasi mencabar. Sikap begini tidak hanya menghiburkan, malah memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghadapi cabaran sebegitu.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kita semua untuk lebih berhati-hati di jalan raya. Untuk yang terlibat, semoga semuanya dipermudahkan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kemalangan jalan raya di Sarawak:

Kenderaan Bersepai, Kemalangan Ngeri Akibatkan 4 Maut Di Jalan Stutong Aeroville
Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jakel Bakal Buka Dua Cawangan Di Sarawak, Dijangkakan Di Miri Dan Kuching Jakel Bakal Buka Dua Cawangan Di Sarawak, Dijangkakan Di Miri Dan Kuching
Next Article Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak 2025 Diadakan 29 Januari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?