• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tergamak Biar Adik Lemas Dalam Kolam, Abang Tiri Kini Diberkas Polis

Oleh
Aina Musa
25 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas

Tergamak Biar Adik Lemas Dalam Kolam, Abang Tiri Kini Diberkas Polis. Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berumur 26 tahun itu diberkas pada Ahad setelah penelitian dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.

Tergamak Biar Adik Lemas Dalam Kolam, Abang Tiri Kini Diberkas Polis. Kredit: Astro Awani

“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

“Suspek dilihat sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang telah menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada hari kejadian.

“Siasatan mendapati kira-kira jam 3 petang, mangsa maut selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartment tersebut sebelum dibawa ke klinik dan kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi rawatan selanjutnya.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang, 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR),” katanya.

Katanya, suspek yang berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

“Kes disiasat dan diklasifikasi bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa
Hati-Hati Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 Dan Penjara 6 Bulan Menanti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa
Next Article Pitam Lepas Diberi Puding, Pelajar Tingkatan 3 Dakwa Dirogol Sepupu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?