• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hati-Hati Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 Dan Penjara 6 Bulan Menanti

Oleh
ILB - AI
24 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pihak JSPT melaksanakan OP Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara

Hati-Hati Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 Dan Penjara 6 Bulan Menanti. Seperti yang diketahui umum, peraturan jalan raya dicipta bagi memastikan keselamatan lalu lintas dan jalan raya terjamin. Jika dilanggar, ia mungkin boleh mendatangkan malapetaka yang tidak diingi kepada diri sendiri atau pengguna jalan yang lain.

Bagaimanapun, memetik siakapkeli, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan pelaksanaan OP Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara, pada 28 Julai lalu.

Menurut JSPT, salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan. Terdapat beberapa perkara penting yang terkandung di dalam peraturan tersebut.

Hati-Hati Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 Dan Penjara 6 Bulan Menanti
Sumber: facebook

“Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.

Denda lebih RM2,000 atau dipenjara

Dalam pada itu, JSPT turut menjelaskan bahawa mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Susulan itu, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih. Jika dilakukan, kesalahan tersebut akan menjadi salah satu punca kesesakan lalu lintas. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Hati-Hati Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 Dan Penjara 6 Bulan Menanti
Sumber: twitter

“JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” ujar JSPT memetik sumber.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kuching Bandar Pertama Di Malaysia Guna Papan Tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan’
Ramai Baru Tahu, Rupanya Boleh Tuntut ‘Voucher Dinner’ Malaysia Airlines Jika Flight Tertangguh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambal Pedas Ngesit, Nikmati Hidangan Asli Indonesia Di Bengkel Perut Kuching Ini
Next Article Ayam 'Pelangi' Jadi Tarikan Pengunjung Ke Sarawak Agrofest Di Stadium Perpaduan Kuching Ayam ‘Pelangi’ Jadi Tarikan Pengunjung Ke Sarawak Agrofest Di Stadium Perpaduan Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?