• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching

Oleh
Aina Musa
14 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching

Turut dijatuhi hukuman sebatan

Tergamak Pukul Bapa Dengan Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching. Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang penganggur dengan dua sebatan selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap bapanya yang berusia 55 tahun dengan memukulnya menggunakan rokok elektronik (vape).

Mohd Suhellsa Supendi, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman bagi pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A Seksyen sama.

Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching
Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching. Kredit: Utusan Borneo

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berlaku di Jalan Matang

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjaranya berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap.

Mohd Suhellsa didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman keluarganya di Lorong Kolong 2 Wetan, Jalan Matang di sini sekitar jam 6.30 pagi, 9 Februari 2023.

Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching

Berdasarkan fakta kes, bapa Mohd Suhellsa melihat dia memukul adiknya di ruang tamu, dan bapanya kemudian cuba meleraikan pergaduhan antara kedua-duanya.

Bapa mengalami kecederaan pada bahagian kepala

Mohd Suhellsa bagaimanapun bertindak balas dengan memukul bapanya menggunakan vape sehingga menyebabkan kecederaan di kepala bapanya.

Kejadian ini kerap berlaku namun tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

Dia kemudiannya ditahan pada hari yang sama sekitar jam 8.13 pagi, dan vape itu turut dirampas.

Pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman ​​Mutallib Mohamad Shariff manakala Mohd Suhellsa tidak diwakili peguam.

Lagi artikel menarik di sini:

Ibarat Serkap Jarang, Wanita Dayak Ini Sekolahkan Ali Puteh Dedah Cara Santau Sebenar
Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari ‘Kaki Kantaw’ Di Uptown Metrocity
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibarat Serkap Jarang, Wanita Dayak Ini Sekolahkan Ali Puteh Dedah Cara Santau Sebenar Ibarat Serkap Jarang, Wanita Dayak Ini Sekolahkan Ali Puteh Dedah Cara Santau Sebenar
Next Article Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?