• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan

Oleh
Husna Hazmi
14 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

MYAirline dalam usaha mempercepatkan ‘refund‘ penumpang yang terjejas.

Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan. Dilaporkan bahawa, syarikat penerbangan tambang murah MYAirline sekarang dalam usaha untuk mempercepatkan proses bayaran balik semua penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasinya baru-baru ini.

Menurut Eksekutif Interim, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya juga berharap orang ramai dapat bersabar ketika syarikat itu sedang mengendalikan lebih 12,000 e-mel berhubung perkara berkenaan.

Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan
Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan

Memohon maaf yang tulus

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan permohonan maaf yang tulus buat semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi yang tidak dijangka tersebut.

Tambah beliau juga, pihak MYAirline juga ingin merakamkan kekesalan mendalam mengenai peristiwa baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua penumpang yang terjejas.

Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan

MYAirline dalam proses mewujudkan talian hotline

Kini, MYAirline dikatakan dalam proses mewujudkan talian hotline bagi menghulurkan bantuan kepada penumpang terjejas dengan lebih baik.

Untuk memudahkan proses bayaran balik, penumpang digalakkan untuk memberikan nombor tempahan (PNR) mereka dan sila e-mel kepada kami di [email protected].

“Mengenai status pekerjaan kakitangan MYAirline, semua kakitangan MYAirline masih dalam pekerjaan penuh. Kami tidak meletakkan sesiapa bercuti tanpa gaji,” jelas beliau.

Berkenaan dengan perkongsian strategik pula, MYAirline berbesar hati untuk berkongsi bahawa pihaknya telah menerima pelbagai tawaran dan sedang menilai cadangan itu dengan tekun.

Kami akan terus memberikan maklumat terkini kepada penumpang kami yang dihargai dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” tambah beliau lagi.

Bagi penumpang pesawat MYAirline yang terjejas, anda boleh ikuti panduan ini:

Ini Panduan Tempah Tiket Diskaun Khas AirAsia, Batik Air Dan MAS Untuk Penumpang MYAirline Terjejas
AirAsia Tawar Diskaun Kepada Penumpang MyAirline Yang Terjejas, Ini Caranya
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelakon Legend Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Kini Sah Jadi Pasangan Suami Isteri Pelakon Legend Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Kini Sah Jadi Pasangan Suami Isteri
Next Article Serangan Buaya Di Sungai Skrang, Tuai Rumah Panjang Terbunuh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?