• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Teringat Arwah Ibu’, Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau

Oleh
ILB - AI
30 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Video memaparkan keadaan rumah seorang warga emas tinggal di sebuah rumah usang

‘Teringat Arwah Ibu’, Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau. Hati seorang wanita luluh apabila melihat warga emas sanggup ke bandar di Tawau, Sabah, untuk menjual kerepek bagi menyara hidup.

Menurut laporan, Nurhidaya Mahmud memuat naik kejadian itu di Facebook pada Jumaat lalu, selepas melihat warga emas itu dan memutuskan untuk menghantarnya pulang ke rumah di Jalan Kinabutan Ria, Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, suasana bertambah pilu apabila wanita berkenaan tiba di rumah warga emas berkenaan yang kelihatan usang dan rosak.

'Teringat Arwah Ibu', Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau
Sumber: Facebook

Rasa sebak semasa berada di dalam rumah warga emas tersebut

“Mak cik ni tunjuk jalan di mana dia tinggal, sekali sampai, Allahuakbar tiba-tiba air mata terus deras mengalir tengok keadaan tempat tinggal makcik ini seorang diri.

“Ya ALLAH macam-macam dalam terlintas dalam fikiran makcik ini makan apa, hujan ribut sendiri, sakit,” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Sementara itu, Nurhidaya Mahmud tidak dapat menahan sebak sepanjang berada di rumah warga emas itu, lantas menginsafi diri yang adakalanya mempersoalkan takdir ALLAH.

'Teringat Arwah Ibu', Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau
Sumber: Facebook

Minta orang ramai bantu warga emas itu

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai membantu warga emas itu dengan menghantar keperluan asasnya.

“Dalam hati, ada lagi org lagi susah dari kita yang selalu mengeluh dan mempersoalkan takdir ALLAH.

“Mak cik tinggal di Jalan Kinabutan Ria dan sesiapa yang lalu situ bolehlah kita hantarkan keperluan seharian mak cik ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik,” katanya.

'Teringat Arwah Ibu', Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau
Sumber: Facebook

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dengan keadaan hidup mak cik tersebut tinggal sehelai sepinggang di rumah usang dan perlu bekerja pada usia yang lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak
Bagi Duit Dulu Baru Jalan, Gelagat Warga Emas Ini Jadi ‘Tol’ Di Padawan Buat Netizen Terhibur
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seramai 215 Orang Menolak, Sarawak Catat Kekurangan Guru Yang Semakin Meningkat Seramai 215 Orang Menolak, Sarawak Catat Kekurangan Guru Yang Semakin Meningkat
Next Article 'Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang', Perkongsian Gadis Ini Raih Perhatian Di Twitter ‘Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang’, Perkongsian Gadis Ini Raih Perhatian Di Twitter

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?