• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terkejut Duit Lesap Dalam Simpanan, Bekas MP Miri Saman Bank RM10 Juta

Oleh
Aina Musa
28 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Terkejut Duit Lesap Dalam Simpanan, Bekas MP Miri Saman Bank RM10 Juta

Hilang lebih RM 1 Juta

Terkejut Duit Lesap Dalam Simpanan, Bekas MP Miri Saman Bank RM10 Juta. Saman bernilai RM10 juta telah difailkan oleh bekas ahli parlimen Miri, Dr. Michael Teo, terhadap sebuah bank di Miri berkaitan dengan kehilangan wang dari akaunnya yang dikatakan telah berlaku sekitar tiga tahun yang lalu. Perbicaraan kes ini dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula dari 7 Ogos.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dean Wayne Daly, menetapkan tarikh perbicaraan setelah kedua-dua pihak plaintif dan defendan bersetuju dengan tarikh tersebut. Dalam saman tersebut, Dr Teo yang juga seorang ahli perniagaan telah menamakan United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB) sebagai defendan pertama, manakala pegawai bank Cassandra Ang Beng Chin dan Chia Pueh Yii adalah defendan kedua dan ketiga.

Terkejut Duit Lesap Dalam Simpanan, Bekas MP Miri Saman Bank RM10 Juta. Kredit: Borneo Post

Selepas prosiding yang diadakan melalui aplikasi Zoom, Dr Teo yang ditemui di luar mahkamah mendakwa bahawa beliau telah kehilangan lebih daripada RM1 juta yang disimpan di bank sejak tahun 2014.

Simpanan lesap sejak tahun 2014

Beliau menyatakan bahawa pada tahun 2014, beliau telah mendepositkan wang sebanyak 250,000 Dolar Singapura sebagai deposit tetap di UOB Bank Miri. Pada tahun 2016, jumlah itu telah meningkat menjadi kira-kira RM800,000 dalam akaun bank beliau.

Bagaimanapun, ketika saya hendak mengeluarkan wang itu, saya diberitahu oleh pegawai bank bahawa semua wang dalam akaun saya telah hilang.

Tuntuan dengan pihak bank telah pun difailkan

“Saya juga diberitahu bahawa sejumlah 22,700 Dolar Singapura telah dikeluarkan daripada akaun saya tanpa pengetahuan dan kelulusan saya,” katanya.

Selepas itu, Dr Teo membuat laporan polis di Miri dan salinan laporan tersebut telah dihantar kepada Parlimen, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

Dr Teo telah dikiringi oleh peguam Sam Laya, yang mewakili peguam Dr Teo, Abun Sui.

Baca lagi artikel terkini:

‘Berdebu’ Speaking English, Netizen Kagum Dengan Tour Guide Dari Sarawak Ini
Ada Kesan Sampingan, Netizen Gesa Pantau Penggunaan Pewarna Pada Sayap Ayam Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Berdebu' Speaking English, Netizen Kagum Dengan Tour Guide Dari Sarawak Ini ‘Berdebu’ Speaking English, Netizen Kagum Dengan Tour Guide Dari Sarawak Ini
Next Article Masak Ayam Dalam Pasu, Hidangan Ini Tarik Perhatian Ramai Di Bazaar Desa Ilmu Samarahan Masak Ayam Dalam Pasu, Hidangan Ini Tarik Perhatian Ramai Di Bazaar Desa Ilmu Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?