• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
16 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

1 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 62 kes.

Isi Isi Penting
  • 1 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
  • Kes Kematian ke-62 melibatkan seorang perempuan warga tempatan
  • Hari ini, Daerah Samarahan telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah
  • Daerah Lundu dan Sri Aman kekal berstatus Jingga

Manakala terdapat 193 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak .Sibu (105), Samarahan (19), Kuching (17), Kapit (17), Bintulu (12), Beluru (7), Julau (6), Song (3), Dalat (3), Miri (2), dan Bau (2) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,025 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu

Kes Kematian ke-62 melibatkan seorang perempuan warga tempatan

Kes Kematian ke-62 merupakan kes ke-4,004 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 83 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas.

Kes berasal dari Nanga Banjor di Daerah Song. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif pada 25 Januari 2021.Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Februari 2021.

Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis. Dimaklumkan kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

Takziah diucapakan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu

Hari ini, Daerah Samarahan telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah

Hari ini, Daerah Samarahan telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah dengan sejumlah 57 kes jangkitan tempatan dikesan dan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching pula telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga dengan sejumlah 28 kes jangkitan tempatan dikesan dan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2051 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sepuluh (10) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu

Daerah Lundu dan Sri Aman kekal berstatus Jingga

Daerah Lundu dan Sri Aman juga kekal berstatus Jingga dengan 63 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua (2) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Matu, Selangau, Kuching, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 106 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 12 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Vaksin Fasa Pertama Imunisasi COVID-19 Akan Diberi Kepada Wartawan Sarawak Vaksin Fasa Pertama Imunisasi COVID-19 Akan Diberi Kepada Wartawan Sarawak
Next Article 6 Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini Melibatkan Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit Dan Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?