• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
11 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

1 kes kematian baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 56 kes.

Isi Isi Penting
  • 1 kes kematian baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
  • Kes kematian seorang lelaki warga tempatan berumur 70 tahun
  • Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning
  • Daerah-daerah yang berstatus kuning dan hijau

Manakala terdapat 184 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (57), Subis (31), Kapit (24), Julau (18), Sri Aman (10), Song (9), Kuching (6), Bintulu (6), Miri (5), Pakan (4), Bukit Mabong (4), Beluru (3), Kanowit (2), Lundu (1), Saratok (1), Matu (1), Dalat (1) dan Limbang (1)menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 6,190 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Kes kematian seorang lelaki warga tempatan berumur 70 tahun

Kes kematian Ke-56 merupakan kes ke-4,730 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 70 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 02 Februari 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit kanser darah.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning

Hari ini, Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning setelah merekodkan 31 kes baharu menjadikan sejumlah 49 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Julau pula telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah merekodkan sejumlah 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri danSibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,875 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau juga kekal berstatus Jingga dengan 118 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat (4) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Daerah-daerah yang berstatus kuning dan hijau

Daerah Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 116 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah yang berstatus Hijau ialah Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Dibelasah Sampai Mati, Gara-Gara Suaminya Terkantoi Buat TikTok Dengan Wanita Lain Wanita Dibelasah Sampai Mati, Gara-Gara Suaminya Terkantoi Buat TikTok Dengan Wanita Lain
Next Article DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?