• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
4 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kedua-dua kematian dicatat hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 44 kes.

Isi Isi Penting
  • Kedua-dua kematian dicatat hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
  • Kes kematian ke-43 melibatkan seorang lelaki warga tempatan
  • Kes kematian ke-44 melibatkan seorang lelaki warga tempatan
  • Daerah Beluru di Bahagian Miri telah bertukar status daripada Jingga kepada status Merah
  • Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong kekal berstatus Jingga

Manakala terdapat 270 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak Sibu (79), Beluru (74), Bintulu (23), Miri (17), Sri Aman (15), Matu (12), Selangau (10), Julau (6), Kanowit (5), Lundu (5), Bau (4), Kapit (4), Dalat (3), Meradong (3), Kuching (2), Sarikei (2), Song (2), Tatau (2), Sebauh (1) dan Lawas (1).

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu
TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-43 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-43 merupakan kes ke-3,441 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas.

Kes telah menjalani saringan kontak kepada kluster dengan ujian saringan rT-PCR sebanyak dua kali pada bulan Januari. Ujian saringan rT-PCR kali kedua pada 24 Januari 2021 telah didapati positif COVID-19.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021. Kes mempunyai komorbid penyakit darah tinggi, gout dan seborrhoiec dermatitis.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-44 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-44 merupakan kes ke-3,192 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 79 tahun. Kes ini telah dimasukkan ke Hospital Sibu apabila ujian saringan rT-PCR COVID-19 yang dilaksanakan adalah didapati positif pada 23 Januari 2021.

Kes ini mempunyai gejala demam pada hari saringan ujian dijalankan. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021.

Kes mempunyai komorbid kanser nasopharyngeal sejak 20 tahun lepas dengan metastasis ke bahagian otak dan juga memerlukan bantuan oksigen terapi di rumah sejak hujung bulan Januari 2021.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu

Daerah Beluru di Bahagian Miri telah bertukar status daripada Jingga kepada status Merah

Hari ini, Daerah Beluru di Bahagian Miri telah bertukar status daripada Jingga kepada status Merah setelah merekodkan 74 kes baharu hari ini menjadikan sejumlah 96 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Daerah Matu, Sri Aman dan Selangau pula telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masingmasing merekodkan sejumlah 25, 28 dan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,882 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 270 Kes Positif Baharu

Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong kekal berstatus Jingga

Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 125 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan
Next Article Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Mendadak, Kini Cecah 985 Mangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?