I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi 9 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

2 kes kematian baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 55 kes.

Manakala terdapat 111 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (54), Miri (21), Bintulu (12), Dalat (7), Kanowit (6), Kapit (5), Beluru (2), Kuching (2), Lawas (1) dan Betong (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,871 kes.

TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu
TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu

2 Kes kematian yang dilaporkan pada hari ini

Kes kematian ke-54 merupakan kes ke-2,904 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 30 Januari 2021. Kes telah dikesan positif rt-PCR melalui hasil saringan kontak rapat kepada kes positif pada 15 Januari 2021.

Kesihatan kes didapati merosot dan telah disahkan meninggal pada 08 Februari 2021 jam 1.14 petang. Kes mempunyai komorbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis. Kes adalah daripada Kluster Pasai.

Kes kematian ke-55 merupakan kes ke-3,080 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 21 Februari 2021. Kes mula mengalami gejala demam, batuk dan selsema bermula 10 Januari 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Sibu pada 21 Februari 2021.

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 22 Januari 2021 dan didapati positif pada hari yang sama. Kes telah diberikan bantuan pernafasan namun keadaan kes semakin merosot. Kes disahkan meninggal pada 08 Februari 2021 jam 4.04 petang. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu

Daerah Simunjan telah kembali berstatus Hijau

Hari ini, Daerah Simunjan telah kembali berstatus Hijau dari status Kuning setelah tiada kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching pula telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Kuning setelah merekodkan sebanyak 17 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 2 Kes Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 111 Kes Positif Baharu

Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah

Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,863 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau kekal berstatus Jingga dengan 108 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat (4) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Subis, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong dan Julau kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 130 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

 Manakala 11 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menjelang Akhir Tahun 2021, 16 Kampung Di Lubok Antu Akan Mendapat Bekalan Elektrik 24 Jam Menjelang Akhir Tahun 2021, 16 Kampung Di Lubok Antu Akan Mendapat Bekalan Elektrik 24 Jam
Next Article Tiada Lagi Catat Nama Dalam Buku, Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?