• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : 25 KES POSITIF Dicatatkan Di Sarawak, PKPB Dilaksanakan Di Kuching Bermula 9 November

Oleh
ILB - AI
7 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Rentas daerah dari Kuching dan keluar dari Kuching kini tidak dibenarkan

TERKINI : 25 KES POSITIF Dicatatkan Di Sarawak, PKPB Dilaksanakan Di Kuching Bermula 9 November. Sarawak hari ini mencatatkan 25 kes positif covid 19, menjadikan kes keseluruhan di Sarawak kepada 985 kes setakat hari ini. Semua kes positif COVID19 di Sarawak hari ini dicatatkan di Kuching.

TERKINI :  25 KES POSITIF Dicatatkan Di Sarawak, PKPB Dilaksanakan Di Kuching Bermula 9 November
TERKINI : 25 KES POSITIF Dicatatkan Di Sarawak, PKPB Dilaksanakan Di Kuching Bermula 9 November

Pecahan ringkas 25 kes positif COVID19 di Sarawak hari ini adalah seperti berikut :

1 kes Kluster Baki : Seorang lelaki tempatan melalui saringan kedua kerana merupakan kontak rapat kes positif

9 kes Kluster Greenhill :
Mereka ini terdiri daripada lima (5) orang perempuan dan empat (4) orang lelaki. Ringkasan perkaitan kes adalah seperti berikut:
a) Kes Ke-969 adalah rakan dan kontak rapat kepada Kes Ke-824;
b) Kes Ke-970 adalah rakan dan kontak rapat kepada Kes Ke-816;
c) Kes Ke-971 merupakan pembantu rumah kepada Kes Ke-818;
d) Kes Ke-972 dan Kes-981 merupakan rakan sosial kepada kes Ke818;
e) Kes Ke-974 adalah rakan dan kontak rapat kepada kes Ke-823;
f) Kes Ke-978 adalah rakan dan kontak rapat kepada kes Ke-843;
g) Kes Ke-979 merupakan kontak kepada kes Ke-872; dan
h) Kes Ke-982 adalah adik dan kontak rapat kepada kes Ke-841.

7 kes Kluster Wisma Saberkas :
a) Kes Ke-961 dan Ke-964 adalah kontak rapat kepada kes Ke-934 iaitu merupakan masing-masing bapa dan kawan rapat kepada kes Ke-934 tersebut.
b) Kes Ke-962 merupakan emak dan kontak rapat kepada Kes Ke 932.
c) Kes Ke-965, 966 dan 967 adalah merupakan rakan dan ahli keluarga serta kontak rapat kepada kes Ke-933.
d) Kes Ke-976 pula merupakan seorang wanita yang mempunyai sejarah perjalanan dan melawat dengan kerap ke bangunan Wisma Seberkas, Kuching bagi tujuan membeli belah sebelum kluster Wisma Saberkas diisytiharkan. Kes telah membuat saringan kendiri di klinik kesihatan kerajaan.

2 kes Kluster Seladah
a) Kes Ke-968 merupakan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes Ke-711 telah menjalani saringan kedua pada 5 November 2020 di sebuah klinik kesihatan.
b) Kes Ke-977 merupakan seorang lelaki berumur lapan (8) tahun iaitu anak dan kontak rapat kepada kes Ke-795.

1 kes saringan pra pembedahan
1 kes saringan sebelum pulang ke negara asal. Seorang warga Indonesia (Jurutera Penerbangan) .

4 kes saringan kendiri kerana merasakan diri sebagai kontak rapat atau pernah melawat premis yg berisiko tinggi
a) Kes Ke-980 merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bekerja sebagai penjawat awam di Bandaraya Kuching. Kes telah menjalani saringan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaan pada 5 November dan keputusan kes didapati positif COVID-19 pada 6 November 2020. Kes ini kali terakhir melakukan perjalanan ke luar dari Sarawak ialah pada 31 Julai 2020, iaitu balik ke Sabah.


b) Kes Ke-983 merupakan seorang perempuan warga emas rakyat tempatan yang telah menjalani saringan COVID-19 di sebuah makmal perubatan swasta oleh ahli keluarga kes kerana bimbang kemungkinan telah terdedah kepada mana-mana kontak kes positif COVID-19.
c) Kes Ke-984 merupakan serorang lelaki tempatan warga emas rakyat tempatan yang telah melakukan saringan COVID-19 di sebuah klinik kesihatan kerajaan oleh ahli keluarga kes kerana bimbang kemungkinan telah terdedah kepada mana-mana kontak kes positif COVID-19.


d) Kes Ke-985 pula merupakan sorang lelaki warganegara tempatan yang telah membuat saringan kendiri di sebuah klinik kesihatan kerajaan kerana mempunyai kontak rapat kepada kes Ke-936 yang telah dilaporkan sebelum ini.

Menurut sidang media rasmi COVID-19 Sarawak sebentar tadi, Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Bandaraya Kuching bermula pada 9 November 2020.

Prosedur Operasi Standard (SOP) akan diumumkan esok hari, iaitu pada 8 November 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dibuat selepas mengambil kira kenaikan kes secara mendadak di Sarawak.

Rentas daerah dari Kuching dan ke Kuching juga tidak dibenarkan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diadakan bermula dari 9 November nanti. PKPB kali ini akan dilaksanakan selama 14 hari.

Sementara itu, pergerakan antara daerah bagi daerah lain masih dibenarkan seperti biasa.

Baca juga artikel lain :


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hati-Hati Produk Makanan Ini Mengandungi Racun Serta Pelabelan Palsu
Next Article Joe Biden Dipilih Sebagai Presiden Baru AS, Menjadi Presiden Tertua Dalam Sejarah AS Joe Biden Dipilih Sebagai Presiden Baru AS, Menjadi Presiden Tertua Dalam Sejarah AS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?