I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Hati-Hati Produk Makanan Ini Mengandungi Racun Serta Pelabelan Palsu
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hati-Hati Produk Makanan Ini Mengandungi Racun Serta Pelabelan Palsu

Oleh Husna Hazmi 9 November 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Menurut KKM, produk makanan ini mempunyai racun dan juga label yang palsu.

Hati-Hati Produk Makanan Ini Mengandungi Racun Serta Pelabelan Palsu. Kementerian Kesihatan di akaun Facebooknya telah mengambil tindakan untuk mengumumkan tentang senarai produk makanan yang telah dicampurkan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Daripada hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020 yang melibatkan 849 produk makanan dianalisis. Mereka mendapati bahawa 21 produk makanan dari 16 jenama mengandungi racun seperti yang telah dinyatakan berikut.

Senarai 10 produk makanan yang mengandungi racun berjadual dan pelabelan palsu.1. Minuman kesihatan/jenama Tonik Tuan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, November 4, 2020

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000

Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983, sesiapa yang menjuaL makanan yang mempunyai atau di dalamnya mengandungi bahan yang beracun, berbahaya atau membahayakan kesihatan, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Lain

Bakal Diperkenalkan, ‘Speed Trap’ Ultra Resolusi Tinggi Boleh Rakam Pemandu Dalam Kereta
airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini
Carsome Berhentikan Ratusan Pekerja Demi Mencapai Keuntungan

Tindakan undang-undang telah diambil terhadap empat syarikat pengeluar tersebut. Namun, siasatan menunjukkan bahawa 14 jenama lain telah meletakkan alamat palsu.

Kementerian Kesihatan kini memberi amaran buat mereka yang menjual secara online yang masih mempunyai stok daripada jenama tersebut agar tidak menjual atau menyebarkannya lagi. Mereka perlu menghubungi jabatan kesihatan negeri mengenai hal tersebut.

Berhati-hati ketika membeli produk makanan

Sekiranya ada pengguna yang menggunakan produk tersebut, disarankan agar mendapatkan bantuan profesional kesihatan. Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membeli produk makanan yang mungkin dicampurkan dengan bahan yang terlarang.

Kementerian mengatakan semua makanan yang dijual harus sesuai dengan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan di bawahnya. Sekiranya gagal mematuhi undang-undang tersebut, tindakan akan diambil terhadap kilang, pembungkus, pembekal, agen pemasaran dan juga penjual.

Selain itu, jika anda berasa curiga dengan makanan yang dijual di luar sana, anda boleh menghubungi jabatan kesihatan negeri anda atau membuat aduan di akaun Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini adalah produk seperti yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan:

Kredit gambar: KKM
Kredit gambar: KKM
Kredit gambar: KKM
Kredit gambar: KKM
Kredit gambar: KKM
Kredit gambar: KKM

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kisah Anak Kembar Yang Membawa Malang Kepada Keluarga Mereka, Sebuah Cerita Rakyat Sabah Kisah Anak Kembar Yang Membawa Malang Kepada Keluarga Mereka, Sebuah Cerita Rakyat Sabah
Next Article TERKINI : 25 KES POSITIF Dicatatkan Di Sarawak, PKPB Dilaksanakan Di Kuching Bermula 9 November

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?