• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Oleh
Husna Hazmi
16 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

295 lagi pelatih di Pulapol Borneo Height disahkan positif Covid-19.

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD. Dilaporkan bahawa, 295 lagi pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Borneo Height, Penrissen Road telah disahkan positif Covid-19, kata pesuruhjaya polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail hari ini.

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD
TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

PKPD telah dikuatkuasakan di pusat tersebut mulai hari ini hingga 29 April

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD) telah dikuatkuasakan di pusat tersebut mulai hari ini hingga 29 April.

Aidi berkata perkara ini perlu dilakukan setelah melihat peningkatan jumlah kes positif dan juga kebimbangan bahawa virus ini telah menular ke masyarakat.

“Kami sekarang mempunyai seramai 415 pelatih yang dijangkiti,” katanya setelah menemani Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah dalam lawatan ke bilik operasi EMCO di pusat latihan.

Menurut beliau, seramai 20 orang tenaga pengajar dan juga ahli keluarga mereka juga telah disahkan positif Covid-19.

“Saya harap dengan adanya PKPD ini, kita dapat mengekang penyebaran lebih jauh dan menurunkan angka.

“Kami ingin mengakhiri penularan ini secepat mungkin,” tambahnya.

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

13 April 2021 lalu, seramai 61 pelatih telah dijangkiti Covid-19

Pada 13 April 2021 lalu, seramai 61 pelatih telah dijangkiti Covid-19. Kes indeks merupakan pelatih yang menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa pada 9 April dan disahkan positif pada 12 April 2021.

Pelatih dari Perlis telah tiba untuk latihan pada 22 Nov 2020. Pada masa ini, semua yang dijangkiti dirawat di pusat itu sendiri.

Jabatan Kesihatan telah menubuhkan klinik kesihatan 24 jam dan juga Pusat Penilaian Covid (CAC) di sana. Ia juga menjalankan operasi pengesanan kes aktif (ACD) di sana dari 12-14 April, yang melibatkan 633 orang.

ACD kedua akan bermula esok (17 April 2021) hingga Isnin (19 April 2021) dijangka melibatkan sekitar 2,000 yang lain. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Sim Kui Hian, komandan kem SAC Razali Mohamad, dan timbalan pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Rosemawati Ariffin adalah antara yang turut hadir.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya
Next Article TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?