• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Oleh
Ismail NA
16 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Agak-agaknya batal ke tidak?

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya. Bulan puasa bukan sahaja bermaksud menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri daripada melakukan sesuatu yang ditegah. Contohnya seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Namun demikian, ujian calitan atau swab test juga memerlukan alat calitan dimasukkan ke dalam rongga badan. Jadi, bagaimana?

Isi Isi Penting
  • Agak-agaknya batal ke tidak?
  • Persoalannya, adakah ujian ini akan membatalkan puasa atau sebaliknya?
  • Hanya untuk mengambil sampel mukus
  • Baca juga artikel bermanfaat untuk bulan Ramadan ini :

Persoalannya, adakah ujian ini akan membatalkan puasa atau sebaliknya?

Menerusi portal Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth, telah dijelaskan tentang hukum ujian saringan COVID-19 di bulan Ramadan. Bahkan, ini sebenarnya tidak terhad kepada puasa di bulan Ramadan tetapi puasa-puasa sunat yang dikerjakan selain pada bulan Ramadan.

Pengambilan sampel COVID-19 melalui ujian calitan rongga hidung (nasopharyngeal) dan ujian calitan rongga mulut (oropharyngeal) adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Perkara ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI Kali ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang memperakukan Panduan Berpuasa Bagi Pesakit.

Hanya untuk mengambil sampel mukus

Untuk ujian calitan rongga hidung, alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung sehingga ke kawasan Nasopharynx untuk mengambil sampel mukus. Bagi kanak-kanak, kedalaman alat swab ini dimasukkan lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak manakala kedalaman untuk orang dewasa adalah sekitar 8 hingga 12 cm.

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya
Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Untuk ujian calitan rongga mulut pula, alat berupa cotton bud panjang tersebut akan dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke kawasan Oropharynx, iaitu kawasan belakang anak tekak untuk mengambil sampel mukus.

Untuk kedua-dua ujian calitan ini, individu yang menjalani ujian ini mungkin akan berasa sedikit geli dan loya seketika selepas diambil sampel. Namun demikian, kesannya hanya untuk beberapa saat dan anda akan kembali berasa normal.

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Jadi, sekiranya anda perlu melakukan ujian saringan swab ini semasa bulan puasa, jangan khuatir sekiranya puasa anda terbatal. Puasa anda tidak akan terganggu sama sekali. Jangan pula ada yang sudah rancang untuk tidak berpuasa. Salah tu. Rugi tak puasa. Ramadan sekali setahun je, tau.

Apa-apa pun, jaga diri, kekal patuh pada SOP dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Baca juga artikel bermanfaat untuk bulan Ramadan ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Tiada PKP Di Sarawak Hanya PKPB Seperti Yang Dirancang Sebelum Ini
Next Article TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?