• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Anda Kini Boleh Keluar Berdua Untuk PKP Fasa 4

Oleh
ILB - AI
29 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Peraturan baru yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Adham Baba

TERKINI : Anda Kini Boleh Keluar Berdua Untuk PKP Fasa 4. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan. Walau bagaimanapun warta persekutuan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

TERKINI : Anda Kini Boleh Keluar Berdua Untuk PKP Fasa 4
TERKINI : Anda Kini Boleh Keluar Berdua Untuk PKP Fasa 4

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, yang telah dikemaskini membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.

Versi sebelum ini menyatakan bahawa individu yang ingin membeli barang keperluan di kawasan yang dijangkiti “tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain.”

Peraturan yang dikemaskini itu juga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai. Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli “makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian.”

Walau bagaimanapun, peraturan terbaru menambah “apa-apa barang lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu” ke dalam senarai berkenaan.

PKP fasa 3 sepatutnya berakhir semalam tetapi dilanjutkan lagi hingga 12 Mei. Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac. Di bawah PKP, semua perniagaan dan perkhidmatan yang dianggap kurang penting diperintahkan ditutup dan orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman mereka kecuali untuk alasan yang dibenarkan, seperti membeli barang runcit dalam lingkungan 10km.

Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19, yang menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara terhenti.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Dedahkan 3 Rakaman UFO Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Next Article Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?