• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian

Oleh
Nazihah AN
14 Oktober 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian

Penduduk Sarawak Perkongsikan Keadaan Terkini di Facebook

TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian. Beberapa kawasan di Sarawak kini dilanda banjir teruk akibat hujan lebat berterusan, dengan tempat-tempat seperti jambatan di Batu Kitang, Batu 11 Kuching, dan Batu 13 Serian paling terjejas.

Keadaan ini telah tular di media sosial, khususnya menerusi Facebook Sarawak Roads Update, di mana penduduk berkongsi hantaran gambar dan video keadaan jalan raya yang digenangi air serta kerosakan akibat banjir.

TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Beberapa Jalan Utama Batu Kitang dan Serian Terjejas

Dalam beberapa hantaran, pengguna Facebook memaparkan jambatan Batu Kitang yang dinaiki air sehingga menghalang laluan kenderaan. Video yang dikongsi pula menunjukkan kereta-kereta yang terpaksa berpatah balik atau berhenti kerana air yang terlalu tinggi.

Di Batu 11 Kuching, air bertakung di tengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, manakala di Serian, paras air di Batu 13 dilaporkan naik mendadak selepas hujan tanpa henti.

Penduduk setempat boleh menggunakan platform tersebut untuk berkongsi amaran dan nasihat, termasuk mengelakkan jalan-jalan tertentu yang sudah tidak boleh dilalui. Situasi ini membimbangkan ramai kerana air banjir dijangka terus meningkat sekiranya hujan berterusan

Baca juga artikel semasa di bawah:

2 Kes Kecurian Berantai Toyota Fortuner Dilaporkan Di Sarawak
MP Miri Bantu Anak Buruh Lanjutkan Pengajian Ke UNIMAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Sabah Dipenjara Sehari Dan Didenda RM14,500
Next Article Didakwa Dera Kanak-Kanak Autisme, Guru Tuisyen Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?